Pages

Thursday, 11 February 2016

y = mx + c

y = Dakwah
m = Kesungguhan
x = Cinta
c = Pengorbanan
b tu tukar jadi c , ikut syllabus ek.


Dakwah itu adalah kuasa cinta.

Sopasang suami isteri poi ko kodai untuk makan,

“Bang kopi tarik satu,jangan tolak tau.”

“Orait”

“Ekau nak minum apo?”

“Kopi tarik lah bang.”

“Ok.Kopi tarik duo.Torimo kasih.”

“Baik.Samo-samo.”

Maka,si suami pun mula membuka perbincangan.Sebenarnya,dia sudah lama ingin mengutarakan hal tersebut.Tetapi,setiap kali dia mahu mengatakannya, hatinya berbisik supaya melupakan saja,lidahnya kelu seribu bahasa. Namun hari ini,si suami sudah nekad. 

Dia mahu memberitahu perkhabaran tersebut.Biarlah apa yang akan terjadi. Dia sudah nekad untuk meneruskan niat yang sudah lama menebal di sudut hatinya.

“Yang , sobona eh , den nak koba 'samting' ”

“hah koba lah ha . mano lah tau ayang boleh tolong abang sikit sikit .”

“Sobona eh…”

“Sobona ehh..?”

“Sobona eh ekau ni…”

“Sobona eh den ni…?”

“Only honey (madu).”

“……….”

“Den nak berterus terang . Sobona eh , ayang ni madu utk bini portamo den .”

“Isk…isk….isk…den…”

“……….”


“Sanggup abang buat ayang gini .Selamo ini den bersamo abang , tapi den tak pornah tak tau apo yang abg buek .Den tak pornah tau tontang bini abang .Sanggup abg…Konapo ? Kenapo abang buek den macam ni? Siapo deh ?!! Koba kek den!”

“Ayang . Den buek macam ni, den jadikan sayang bini keduo, sobab…”

“Sobab apo?!!”

“Sobab eh , Den cintakan dakwah .”
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

            Dakwah dengan cinta. Kerana apa ditulis bab ini dengan tajuk yang sedemikian? Tak ada tajuk lainkah? Bukan begitu. Bab ini dipadankan dengan tajuk ini kerana bab ini mengisahkan perihal dakwah yang amat memerlukan cinta.

“Tang mana pula dakwah ni perlu bercinta?”

Itulah hakikatnya. Dakwah sebenarnya tindakan yang menyebarkan cinta. Perkaitan rapat antara dakwah dengan cinta sangat jelas dilihat apabila Allah menganugerahkan nikmat Islam sebagai tanda cinta-Nya kepada hamba-hamba-Nya. Maka,apabila kita menyebarkan Islam dengan berdakwah,maka sebenarnya kita sedang menyebarkan Cinta Allah. 

Asas berdakwah adalah cinta.Pada masa yang sama, hasil berdakwah juga adalah cinta.

“Mengapa begitu?”

     1. DAKWAH = CINTA

           Cuba bayangkan sekiranya anda mencintai seseorang.Pasti dalam apa-apa keadaan,anda pasti ingin bersama dengannya.Pasti pada setiap masa,anda akan terfikir perihalnya.Pasti anda akan sanggup berkorban apa sahaja untuknya. Maka,sekiranya anda meletakkan cinta sebagai asas dalam berdakwah,tentu anda akan memikirkan perkara yang sama,sebagai contoh,

“Apakah yang akan terjadi sekiranya aku gagal berdakwah?”

“Bagaimana keadaan Islam sekiranya aku tidak berdakwah?”

“Tidakkah aku rasa bersalah sekiranya dakwah aku samba lewa?”

Inilah contoh persoalan yang akan menjengah fikiran sekiranya anda benar-benar meletakkan cinta sebagai asas dakwah yang sebenar.

Selain itu, cinta juga memupuk semangat ingin berkorban. Kita akan sanggup berkorban apa-apa sekalipun demi apa yang kita sayangi. Baik jiwa mahupun harta. Maka sekiranya kita meletakkan cinta pada dakwah, tentunya kita sanggup berkorban untuk dakwah.

“Sudah tentu kita boleh berdakwah kerana sesiapa pun boleh.Tetapi adakah kita cinta akan dakwah?Bukankah dakwah itu memerlukan pengorbanan? Dan bukankah pengorbanan itu hadir setelah hadirnya cinta?”
          
         Kata-kata tersebut menjelaskan perihal dakwah dan cinta. Tentu sekali sesiapa pun boleh memasuki gerbang dakwah dan mula berdakwah.Namun persoalan sebenar,adakah kita cinta akan dakwah? Adakah kita kasih terhadap dakwah? Kerana pada asasnya,sesebuah pengorbanan itu memerlukan cinta yang benar-benar cinta.Bukan setakat cinta yang hanya dilafaz namun tidak berbekas di hati.Bahkan dalam berdakwah, pengorbanan yang terpaksa kita lalui amatlah besar, termasuk pengorbanan harta, masa, tenaga dan juga jiwa.Sekiranya tiadanya cinta, tidak akan kita sanggup berkorban sedikit pun untuk dakwah. 


       2.    Hasil berdakwah juga adalah cinta

            Sebagaimana yang telah disebut,sebenarnya dakwah ini satu perbuatan yang menyebarkan cinta. Bukan cinta biasa,tetapi cinta Allah. Cinta Tuhan Langit dan Bumi. Sebarkanlah cinta kerana sesungguhnya cinta itu bukan hak milik mutlak perseorangan.Cinta Allah amatlah luas.Cinta Allah adalah untuk semua hamba-Nya baik yang beragama Islam mahupun bukan Islam. 

            Oleh sebab itu Dia digelar Ar-Rahman, yang membawa maksud Maha Penyayang.Sayangnya Allah terhadap hamba-hamba-Nya,Dia mengurniakan nikmat kepada kita semua tiada sesiapa pun yang terkecuali.

            Maka,sebarkanlah cinta itu agar manusia pula yang dapat mencintai Allah. Sebarkanlah agar mereka dapat membalas cinta Allah semula. Sebarkanlah agar kita semua mampu merasai bagaimana rasa dicintai dan mencintai.

      3.    Dakwah itu kuasa cinta

“Dakwah itu kuasa cinta, tetapi dengan cinta itu juga kita menyebar dakwah.”

Dakwah memerlukan secebis cinta untuk menggerakkannya. Dan pulangan untuk dakwah juga adalah secebis cinta yang suci.

            Sebagaimana kisah diatas yang Menunjukkan sepasang suami isteri hampir bergaduh kerana si suami mengatakan bahawa isterinya adalah madu buat seorang isteri yang lain.Namun,si suami dengan tenang mengatakan bahawa sebenarnya isteri pertamanya adalah dakwah.

            Kisah di atas tidak hadir atas omongan kosong,tetapi ia hadir dengan mesej agung yang tersirat. Saya ingin menggambarkan bahawa dakwah ini harus dicintai ibarat ia adalah isteri tempat seseorang bermanja kasih. Kerana sememangnya dakwah memerlukan cinta untuk menggerakkannya.dakwah memerlukan cinta untuk ia hidup dan menghidupkan hati-hati yang telah mati.

Firman Allah SWT dalam Surah Maryam ayat 96,
 إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَيَجْعَلُ لَهُمُ الرَّحْمَٰنُوُدًّا
“Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh,Ar-Rahman(Allah) akan tanamkan dalam diri mereka perasaan kasih sayang.”-(19:96)

Indah.Cantik.Sungguh menarik ayat tersebut.Memang tidak pelik kerana ia sebahagian dari kalam Tuhan yang Maha Esa. Ayat diatas cukup menjelaskan bahawa orang yang beriman dan beramal soleh akan diberi satu perasaan cinta yang ditanam dalam hati mereka oleh Si Pemilik Segala Cinta.

            Rasa cinta yang diberikan bukan sekadar cinta monyet ataupun cinta lembu. Tetapi cinta yang diberi itu cinta yang hakiki. Ia adalah sebahagian cinta Allah yang mendorong orang yang dicintai-Nya agar mencintai perkara yang dicintai-Nya.Mereka berasa senang tatkala beribadah kepada-Nya.
            Mereka berasa tenang pabila ditimpa musibah.Mereka berasa syukur seandai diberi rezeki.Dan mereka merasai manisnya keimanan yang sebenar.Itulah yang digelar Halawatul Iman.

“Cinta akan lenyap bersama lenyapnya sebab.Terus,aku cintainya kerana Allah, lantaran aku yakin,Allah tidak akan lenyap.”


      4.    Cinta Allah

            Umar bin al-Khattab RA berkata, para tawanan didatangkan kepada Rasulullah SAW. Di antara tawanan-tawanan itu, terdapat seorang wanita yang susunya mengucur sambil ia berjalan tergesa-gesa, sehingga ia menemukan seorang anak kecil dalam kelompok tawanan itu, ia segera mengendongnya dan menyusuinya.Lalu Nabi SAW bersabda,

“Adakah kalian akan melihat ibu ini melemparkan anaknya ke dalam api?

Para sahabat menjawab,
“Tidak,dia tidak mampu (melemparkan anaknya ke dalam api).”

Lalu Nabi SAW bersabda lagi,
“Sesungguhnya Allah lebih sayang kepada hamba-hamba-Nya melebihi sayangnya ibu ini akan anaknya.”

(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Subhanallah.
            Itulah kasih Allah yang melebihi kasih seorang terhadap anaknya. Kasih itu pula dikurniakan kepada hamba-hamba-Nya tidak mengira bangsa dan agama. Maka, seharusnya kita membalas cinta dan kasih Allah pula walaupun sememangnya tidak akan setimpal.

“Tetapi bagaimana dengan orang yang tidak kasih dengan Allah?”

Itulah tugas kita. Sebarkanlah padanya.

“Sebarkanlah cinta Allah melalui dakwah dengan cinta.”

Wallahua’lam.

Fikir fikirkan dan selamat beramal .

Assalamualaikum .

" DEBIT ASET , DEBIT LIABILITI"

8 comments:

  1. terbaik!!!semoga kalian dapat terus menggunakan blog ini sebagai medium dakwah kalian dalam usaha membangunkan islam di bumi....

    ReplyDelete
  2. idea dan huraiannya mantap.
    menusuk kalbu. *serius*
    orang boleh tertarik utk berdakwah juga.
    ada lawak sikit.
    orang baca seronok je.
    "hebakk , teghbaikk"

    ReplyDelete
  3. hmmm..boleh tahanlaa isi dan huraian.tahniah sy beri anda 4 markah kerana menepati skema.semoga anda sentiasa istiqamah dalam menyebarkan dakwah di atas muka bumi ini dengan cara lebih kreatif dan efektif :).cuma sy rasa mcm baca karangan bm.
    -ikhlas

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...hbes bce..pengisian yg mantap..
    menjadi DAIE' adalah sebuah pilihan yg paling mulia.Tidak ade seorg pon yg akan meninggalkan jalan ini kerana begitu nikmatnya hidup bersama dakwaH bagi mereka yg dapat merasakannya.Menjadi daei juga ibarat DOKTOR AHLI JIWA yg slalu memotivasi jiwa2 yg lemah utk kmbali bangkit dan bersemanga,membimbing insan yg berpenyakit hati agar segera kembali kdp Allah.
    Jika kite tak mampu menjadi ustaz yg memberi ceramah agama,jadilah pembaca yg memberi manfaat kepada org lain dgn menyebarkannya.syukran bro...

    ReplyDelete
  5. Best dan menarik. Pengisian dan cara penyampaian mudah difahami. Kipidap!!

    ReplyDelete
  6. subhanallah, hebat shbt2 ana ni.. maka benarlah kata seorg shbt ana, kita berdakwah "KERANA KITA CINTA"

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..tahniah anak muda..teruskan dakwahmu..!!

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..tahniah anak muda..teruskan dakwahmu..!!

    ReplyDelete