Pages

Saturday, 22 August 2015

Kau Da'ie

Bismillah

"Suatu bencana apabila seorang DAI'E hanya tahu membaca buku, tetapi tidak mampu membaca masyarakat"

Maka tersentaplah semua ulat-ulat yang sedang membaca buku dengan khusyuk.

Siapa mereka

Apa beza ahli ibadah dengan pendakwah?

Soalan cepumas yang jarang-jarang bermain di bibir manusia sebagaimana bermainnya kanak-kanak dengan mercun pop-pop pada malam raya ini.

Secara mudah, ahli ibadah adalah sepertimana anda melihat orang yang duduk di masjid, surau, tepi jalan atau mana-mana sahaja tempat dan beribadah kepada Allah. Dan anda nampak secara jelas bahawa dia sedang beribadah. Solat, zikir, baca Al-Quran. Itu sahaja. Anda lihat, anda kagum dan anda blah. Itu je, mungkin ada juga yang tak ambil kisah pon.

Sapa pula dai'e

Mendekatkan diri kepada pencipta melalui manusia. Itu misinya. Tak jauh beza dengan ahli ibadah, cuma method. Orang-orang ini menggunakan manusia sebagai sebab untuknya masuk ke dalam syurga Allah. Mereka solat, zikir dan baca Quran. Tapi ada satu nilai lain yang menjadikan mereka da"ie, atau dalam bahasa Melayunya Penyeru, iaitu menyeru orang lain bersama-sama bergandingan ke syurga.

Jadi, sebelum saya mengakhiri tulisan ini, saya tinggalkan suatu persoalan,

Kita hidup dengan pilihan. Tak boleh jadi seperti lagu "terpulanglah mau jadi hapa, mau jadi hantu, mau jadi buaya". Hidup mesti bermatlamat. Suatu matlamat yang kukuh memerlukan pilihan yang tepat. Oleh itu, " Aku mau jadi apa?"
Itu saya syarahkan pada masa yang diizinkan  Allah.




Salam Tarbiyah
-Jubah Puteh-