Pages

Friday, 12 June 2015

Kenapa Madu Lebah ?

Uhuk uhuk

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Semua ! :D

Hehehe , Jadi sebagai muqaddimah , saya bukanlah seorang author yang baik , cuma , saya nak kenal kan diri saya sikit . boleh tak ? Heeeee

Walau pun takde orang tanya kenapa saya hadir sebagai Madu Lebah , tapi takpe :') saya nak juga terangkan apo sobab eh esey timbul sobagai madu lobah .

Pertamanya , Madu .
Madu di sini bukan lah maknanya bini ke-2 eh eh . bukan tau . Madu di sini maksudnya air manis yang terdapat dalam bunga atau sarang lebah .

Mafhumnya , saya nak menjadi manisan kepada anda semua sehingga anda mengenal kemanisan dalam beragama Islam . In Shaa Allah . Saya akan hidangkan kepada anda semua tentang ke-postif-an (EHHH) yang wujud di muka bumi ini . Pehhhh

Namun , jangan dilupakan dalam nama saya juga terdapat kalimah lebah . Hehehe . Lebah ni ada sengat tauu . Jadi , berhati hatilah . Dalam tarbiyyah , tidak semestinya kita berikan target dengan keselesaan , namun , kita juga perlu berikan sedikit TAMPARAN buat mereka .
Mudah mudahan , mereka mampu bangkit dan menjadi lebih hebat daripada gajah . ehhh .
Apapo yo lah kan .

Jadi secara keseluruhannya , konsep tarbiyyah yang kami bawakan di blog ini bukanlah sekadar yang manis manis , malah yang sakit sakit pun HADOO . Sebab apa tau ? Sebab kita perlukan kedua dua nya . Kita tidak boleh terlampau diselesakan dengan kemudahan takut berlaku

Islam itu Mudah , Namun Jangan Dipermudahkan

Maknanya , saya takut nanti anda semua permudahkan Islam walaupun Islam itu sendiri telah sempurna . Maka nya , bersedialah menerima tarbiyyah dari kami . 

Ikhlaskan hati , mohon kemaafan ,
Leburlah dosa di tapak tangan .


Maafkan segala silap dan salah ,
Insan bersatu membina ummah :D

*maaf le tak pandai nak hias hias macam author lain .




Hamasah As-Syabab

Bismillah

"Beri aku sepuluh pemuda, nescaya akan aku goncang dunia!!"

"Ish....kau dah kenapa? Tersedak maggi aku nih.. Nasib baik tak keluar hidung "

"Ntah, kau tengok tengok diam-diam boleh tak... Bukannya gol pon"

"............"

Begitulah perbualan tiga orang pemuda yang sedang asyik menonton perlawanan bola sepak  antara dua kumpulan yang langsung tidak dikenali mereka. Sekadar mengisi masa lapang berkualiti di bilik mereka.

Pemuda

Ok, siyesli statement di atas tiada kena mengena dengan isu yang akan dikupas.

Dan tajuk di atas tiada kena mengena dengan apa-apa jenis term pemuda yang terlibat dengan politik seperti pemuda UMNO dan PAS serta lain-lain

Cuma PEMUDA atau lebih selamat saya istilahkan syabab........(Heh, sama je maksud...poyo...)

Rasanya untuk pengenalan....

Ce search surah kahfi ayat yang ke-100 dari belakang...
hahaha..berape tuh....ayat 10 la..

Pastu bandingkan dengan ayat 13 surah yang sama..


Jadi, ada apa dengan ayat nih

Kalau anda seorang pelajar bahasa arab yang tegar dan ketagih, anda akan perasan perbezaan yang ketara pada perkataan FITYA yang umumnya membawa maksud pemuda

Fitya pada ayat ke-10 adalah ..... (iringan drum solo)

ISM Ma'rifah (kata nama khas) yang ditujukan KHAS buat pemuda  Al-Kahfi

"Ingatlah ketika pemuda-pemuda itu berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa : "Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami"
 Ayat ini hanya menerangkan perihal cereka para pemuda Al-Kahfi dan ayat ni semata-mata ditujukan khas buat mereka.

Ce usha pula ayat 13
"Kami ceritakan kepadamu (Muhammad) kisah mereka dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada tuhan mereka, dan kami tambahkan petunjuk kepada mereka"

Duh, ape beza bruh maksud dia pemuda gak....

Haa.... Bezanya pada perkataan itu. Bukan perkataan itu. Tapi perkataan ITU.

Ayat 10, kalau ditranslatekan kepada bahasa melayu ia akan membawa perkataan ITU kerana hanya specific atau KHUSUS untuk pemuda ITU.

Ayat 13 pula Fitya dalam ayat tak menunjukkan huruf alif lam, sekaligus apabila ditranslatekan, ia menunjukkkan bahawa Fitya dalam ayat itu UMUM dan tidak merujuk kepada sesiapa. Dalam bahasa arab , ia dikenali sebagai ISM Nakirah (kata nama AM)

Jadi?
Jadi,

Barangsiapa yang berminat untuk meletakkan dirinya seiringan dengan para syuhada' , Anbiya', dan sesiapa sahaja yang disebut Allah dalam Al-Quran, maka peluang sentiasa terbuka kerana anda mungkin FITYA yang dicari-cari 

Oleh itu, bak kata orang putih, ''Rejoice..." atau bergembiralah dengan berita gembira ini. Dan sentiasa bercita-cita agar andalah salah seorang pemuda yang disebut Allah dalam ayat ini.

Tapi kalau nak masuk ceria popstar pon ade syarat, takkan senang-senag je kita bole jadi FITYA dalam ayat tu? 

Itu saya akan kupas, kopek dan korek apabila tiba masanya. Rasanya sampai di sini je kita bersua.
Sehingga ketemu lagi.





Salam Tarbiyah
-Jubah Puteh-