"Berapa kali aku nak cakap baru kau nak faham?!"
Garu kepala. Tak tau apa perlu dibuat lagi. Masuk kali ini dah berapa kali ditegur budak-budak tu.
"Arghh, lepas ni lantak kau la nak jadi hape!"
Kalau hari-hari macam ni susah la aku nak hidup. Aku ada juga benda lain yang nak dibuat. Takkan nak melayan budak-budak masalah ni je sepanjang masa.
MANUSIA
Kenapa manusia sering kali alpa. Kenapa aku yang kena ulang benda sama berkali-kali.
"Dan nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan"
"Fuh, lega rasa lepas solat. Kalau tak dah pecah dinding musolla aku bantai. Aku tak boleh macam ni lama-lama. Aduss, kena buat sesuatu ni", bisik si hati kecil.
"Ni pahal ni. Muka macam baru kena baling tah* dekat Taif je. Haha, tak serius ni, ko pahal?" tanya insan sebelah.
Pertanyaan yang agak hardcore sepertimana minta pelempang dari aku. Hajat dibatalkan. Kerana dia murabbi aku. Orang yang agak otai tapi perghh qawiy (kuat) ni!
"Bro, aku tak tau macam mana nak settle bebudak tu. Dua tahun aku jadi BADAR, tak pernah aku jumpa budak taiko camni! Dahla form 4 baru. Penat aku dok cakap kat diorang ni. Tak berubah-ubah. Dah macam recording pulak aku, hari-hari nak ulang."
"Laa, small matter bro. Kau ingat nabi-nabi dulu ulang berapa kali benda yang sama baru umat dia nak berubah? Nabi Nuh, kurang-kurang 900 tahun. Itu baru dapat beberapa orang."
"......."
"Dan nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan"
Berdakwah adalah jalan yang sangat panjang tetapi ianya pasti. Manusia adalah insan yang mudah lupa. Bahkan perkataan manusia datang daripada perkataan nasiy , bermaksud lupa. Maka siapakah yang mengatasi kealphaan manusia ini?
Surah Ar-Rahman adalah surah yang menduduki carta paling atas surah yang paling mudah untuk huffaz menghafalnya. Kenapa? Kerana hampir separuh surah mengulangi ayat yang sama. YA! Ayat yang sama, perkataan yang sama, huruf yang sama, maksud yang sama. Allah sendiri mengulangi ayat yang sama bagi menyedarkan kaum musyrikin Makkah.
Andaikan ada dua rakan bergaduh. Anda lihat situasi ini. Pada norma, akan ada seorang yang akan cuba meleraikan pergaduhan tersebut.
Persoalan, berapa kali insan tersebut ulang perkataan "Weyh, rilek ar" sampai dua orang tersebut berhenti?
Dalam kelekaan manusia dengan emosi dan kegoan, pasti dalam banyak-banyak ulangan tersebut membuka hatinya. Mungkin hanya satu. Satu sahaja.
Kerja mengubah adalah kerja tuhan. Berusaha keutamaan kita.
"Demi Allah, seandainya Allah memberi petunjuk kepada seseorang lantaran ajakanmu maka itu lebih baik bagimu dari pada seekor unta merah" (Muttafaqun Alaih)"Bro, zaman sekarang, ramai yang suka amal sunnah Rasulullah yang kecil-kecil. Elok dah tu. Tapi tak ramai yang amal sunnah Rasulullah yang besar. Dakwah. Kau patut bersyukur dan gembira sebab kau yang terpilih mengikuti jalan ni. DAN perasaan tu kau kena sebarkan dekat seluruh penduduk bumi. Macam Rasulullah" kata mutiaranya ditutur kemas.
"Wah, pandai kau kaitkan tajuk ni dengan Maulidur Rasul. "
"Mantap kann? Hehe, selawat sikit..."
"By the way, aku rasa nak jadikan mutarobbi aku la. Senang sikit nak jaga."
"Eloklah tu. Bukan orang baik je join usrah"
"Dan nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan"

Allahumma Solli Ala Muhammad
-Jubah Puteh-
Ohsem. Daebak. Terbaik.
ReplyDelete