Untuk mengkaji hubungan antara Syawal dan Ramadan .
"Yang datang akan berlalu pergi,
tatkala manusia menanti mu membawa perubahan, mereka lupa hadir mu hanya sebulan."
Bulan Ramadan yang kian berlalu merupakan suatu bulan tarbiyah .
Bulan di mana yang pasti akan mengubah kita walau tanpa diminta .
Jika kita biasa ke kantin waktu rehat , pada bulan Ramadan kita akan tuju ke surau atau stay di kelas
Jika kebiasaannya kita akan keluar lunch , maka kali ini kita akan siapkan kerja di office atau baca Al-Quran
Jika kebiasaannya kita berbelanja seharian RM15 , maka kita akan berbelanja RM <7 pada bulan Ramadan .
Jika kebiasaannya kita melepak pada waktu malam , maka kita akan berterawih ketikanya pada bulan Ramadan .
Jika kebiasaannya kita hisap rokok satu kotak sehari, maka kita akan hisap rokok tiga batang sehari (hehehehe)
Lihatlah bagaimana Ramadan mengubah cara hidup kita tanpa kita minta .
Bulan tarbiyah ini mesti dimanfaatkan sepenuhnya . Lagi lagi bila Ramadan ni dah nak habis . Berbaki satu hari ini, mungkin kita sendiri tidak sedar akan pemergiannya yang akan mengembalikan diri kita sebagaimana dahulu yang dinodai dosa.
Maka, tidak dapat tidak, kita wajar mendatangkan keberhasilan yang membantu anjakan diri kepada Ilahi.
Maka, tidak dapat tidak, kita wajar mendatangkan keberhasilan yang membantu anjakan diri kepada Ilahi.
" Bulan Ramadan adalah Bulan Tarbiyah "
Namun, benarkah bahawa Ramadan kita berhasil ?
Keberhasilan Ramadan kita tidak akan dapat lihat pada bulan Ramadan kerana kita PASTI akan berubah tatkala Ramadan , namun keberhasilan Ramadan ini dapat kita lihat pada bulan Syawal . Ketika itu , kita lihat semula diri kita , bagaimana diri kita setelah mengharungi Bulan Tarbiyah selama sebulan .
Jika kebiasaannya kita kerapkali membaca AlQuran sewaktu Ramadan , Adakah begitu juga kita pada waktu Syawal ?
Jika kebiasaannya kita bermurah rezeki sewaktu Ramadan , Adakah begitu juga setelahnya ?
Jika kita biasa mendirikan qiamullail , Adakah begitu juga setelah perginya Ramadan ?
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharap pahala dari Allah, maka akan diampuni segala dosanya yang telah lalu.”
HR Bukhari dan Muslim
Disinilah pesanan Rasulullah SAW yang boleh kita ambil iktibar.
Rasulullah berpesan bahawa sesiapa yang berpuasa dengan sebenar-benarnya maka akan diampuni dosanya yang telah lalu. Mengapa dosa yang telah lalu?
Ya, kerana barangsiapa yang keluar dari Ramadan dalam keadaan berjaya, sesungguhnya dia ibarat bayi yang baru dilahirkan. Suci. Tiada dosa. Tidak bermaksiat.
"Inilah yang dimaksudkan dengan Ramadan sebagai a fresh start."
Kita bermula semula. Dalam keadaan yang lebih suci dan berkat setelah ditarbiah dan ditazkiyah dalam bulan Ramadan.
Bulan Ramadan juga bulan yang pernuh barokah . Jika kita ingin kurus , kita akan dapat kurus . Jika kita ingin kaya , kita akan dapat kaya ( untung bazar > RM8000 ) . Jika kita ingin berhenti rokok , kita akan dapat berhenti ( kalau nak , hehe ) . Senang kata , jika kita ingin lakukan apa apa , kita pasti akan dapat capai kerana
" BULAN RAMADAN ADALAH BULAN YANG PENUH DENGAN KEBERKATAN "
Manakala ,
" Bulan Syawal adalah Bulan Kemenangan "
Yeay , kita akan menyambut kemenangan kita pada bulan Syawal . Bulan Syawal boleh disambut di mana sahaja asalkan bulan ini didefinisikan dengan pendefinisian yang sama . Bulan Syawal disambut mengikut kejayaan kita mengharungi Bulan Tarbiyah . Andai kata kita berjaya semasa Ramadan , maka sambutlah Syawal sejaya-jayanya .
Ingatlah , lakukan amalan sunat pada bulan Syawal
1) Puasa 6
2) Bertahmid ( Datanglah ke masjid awal awal )
3) Mengucapkan tahniah ( Taqabbalallahu minna wa minkum )
4) Ziarah-menziarahi (cari jodoh + duit raya. k lek )
Sekali lagi ,
Keberhasilan Ramadan adalah pada Syawal dan seterusnya . Moga kita terus Istiqamah .
" Keberkatan Ramadan dapat dilihat pada Syawal "
" Ramadan pasti akan mengubah kita "