Pages

Thursday, 24 December 2015

Berapa Kali Nak Cakap!

Bismillah

"Berapa kali aku nak cakap baru kau nak faham?!"

Garu kepala. Tak tau apa perlu dibuat lagi. Masuk kali ini dah berapa kali ditegur budak-budak tu.

"Arghh, lepas ni lantak kau la nak jadi hape!"

Kalau hari-hari macam ni susah la aku nak hidup. Aku ada juga benda lain yang nak dibuat. Takkan nak melayan budak-budak masalah ni je sepanjang masa.

MANUSIA

Kenapa manusia sering kali alpa. Kenapa aku yang kena ulang benda sama berkali-kali.

"Dan nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan"

"Fuh, lega rasa lepas solat. Kalau tak dah pecah dinding musolla aku bantai. Aku tak boleh macam ni lama-lama. Aduss, kena buat sesuatu ni", bisik si hati kecil.

"Ni pahal ni. Muka macam baru kena baling tah* dekat Taif je. Haha, tak serius ni, ko pahal?" tanya insan sebelah.

 Pertanyaan yang agak hardcore sepertimana minta pelempang dari aku. Hajat dibatalkan. Kerana dia murabbi aku. Orang yang agak otai tapi perghh qawiy (kuat) ni!

"Bro, aku tak tau macam mana nak settle bebudak tu. Dua tahun aku jadi BADAR, tak pernah aku jumpa budak taiko camni! Dahla form 4 baru. Penat aku dok cakap kat diorang ni. Tak berubah-ubah. Dah macam recording pulak aku, hari-hari nak ulang."

"Laa, small matter bro. Kau ingat nabi-nabi dulu ulang berapa kali benda yang sama baru umat dia nak berubah? Nabi Nuh, kurang-kurang 900 tahun. Itu baru dapat beberapa orang."

"......."

"Dan nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan"

Berdakwah adalah jalan yang sangat panjang tetapi ianya pasti. Manusia adalah insan yang mudah lupa. Bahkan perkataan manusia datang daripada perkataan nasiy , bermaksud lupa. Maka siapakah yang mengatasi kealphaan manusia ini?

Surah Ar-Rahman adalah surah yang menduduki carta paling atas surah yang paling mudah untuk huffaz menghafalnya. Kenapa? Kerana hampir separuh surah mengulangi ayat yang sama. YA! Ayat yang sama, perkataan yang sama, huruf yang sama, maksud yang sama. Allah sendiri mengulangi ayat yang sama bagi menyedarkan kaum musyrikin Makkah.

Andaikan ada dua rakan bergaduh. Anda lihat situasi ini. Pada norma, akan ada seorang yang akan cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

Persoalan, berapa kali insan tersebut ulang perkataan "Weyh, rilek ar" sampai dua orang tersebut berhenti?

Dalam kelekaan manusia dengan emosi dan kegoan, pasti dalam banyak-banyak ulangan tersebut membuka hatinya. Mungkin hanya satu. Satu sahaja.

Kerja mengubah adalah kerja tuhan. Berusaha keutamaan kita.

"Demi Allah, seandainya Allah memberi petunjuk kepada seseorang lantaran ajakanmu maka itu lebih baik bagimu dari pada seekor unta merah" (Muttafaqun Alaih)
"Bro, zaman sekarang, ramai yang suka amal sunnah Rasulullah yang kecil-kecil. Elok dah tu. Tapi tak ramai yang amal sunnah Rasulullah yang besar. Dakwah. Kau patut bersyukur dan gembira sebab kau yang terpilih mengikuti jalan ni. DAN perasaan tu kau kena sebarkan dekat seluruh penduduk bumi. Macam Rasulullah" kata mutiaranya ditutur kemas.

"Wah, pandai kau kaitkan tajuk ni dengan Maulidur Rasul. "

"Mantap kann? Hehe, selawat sikit..."

"By the way, aku rasa nak jadikan mutarobbi aku la. Senang sikit nak jaga."

"Eloklah tu. Bukan orang baik je join usrah"

"Dan nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan"










Allahumma Solli Ala Muhammad

-Jubah Puteh-

Friday, 27 November 2015

Kecilnya Bukan Sekadar Atom

Bismillah.




Proton,elektron,neutron.Tiga komponen dalam atom yang juga dikenali sebagai subatom. Maha Bijaksananya Allah menciptakan tiga komponen ini supaya manusia belajar darinya.Bukan sekadar ulum kimia, tetapi tentang kehidupan .
Mengapa ?
"Kerana Allah SWT tidak pernah mencipta satu perkara yang sia-sia."
Sesuai dengan lafaz orang yang beriman,sebagaimana yang disebut dalam Surah Ali-Imran ayat 191 ,


"Ya Tuhan kami, tidaklah engkau mencipta (sesuatu itu) sia-sia." - 3:191


***************

Situasi dewan peperiksaan,

Soalan 1
"Apakah cas proton yang berada di dalam atom?"

A.Positif
B.Negatif
C.Neutral
D.Casfon

"Lahai senangnya,mestilah A."
Semua pelajar dapat menjawab dengan mudah.

Soalan 2
"Dimanakah proton terletak di dalam atom?"

A.Petala luar
B.Petala dalam
C.Nukleus atom
D.Kedai kereta

"Alhamdulillah dapat jawab, mestilah C."
Maka semua pelajar pun mendapat A+ dalam subjek kimia.



****************


Bismillah sekali lagi. Segala kesyukuran dipanjatkan kepada Allah. Alhamdulillah dapat ku mencoret sebuah artikel yang bertajuk " Kecilnya Bukan Sekadar Atom ".

Proton. Sub-atom yang bercas positif.Ia terletak di nukleus atom atau pusat atom. Proton tidak dapat bergerak keluar dari atom. Ia tidak didermakan, Ia tidak pula diterima oleh atom lain.Ia hanya kekal terikat bersama neutron di pusat atom.Kebiasaannya, sesuatu yang baik itu selalu kita sinonimkan dengan perkataan positif...Renungkan kisah dibawah.

Pembunuh 1: Weyh , aku tak tahan tengok budak ni la. Bunuh je lah dia.
Pembunuh 2:Ehh jangan!!Jangan!! Kau sabar dulu. Kita minta wang tebusan dulu. Dah dapat,kita bebaskan je budak ni.
Pembunuh 1:Kau ni! Baik sangat la. Kita kan pembunuh.
Pembunuh 2:Habis kau fikir pembunuh tiada hati perut...
Pembunuh 1:Kau sorang je ada.Aduii...

Hayatilah .
Kebaikan itu fitrah. Memang tidak dapat kita nafikan, kebaikan itu SENTIASA wujud dalam diri manusia, dan secara amnya tidak dapat dipisahkan.Persoalannya, adakah kebaikan itu dipupuk dan disuburkan atau dibiarkan begitu sahaja?

Analoginya sama seperti menggilap sebentuk permata. Semakin digilap, maka semakin bersinarlah ia. Namun sekiranya dibiarkan begitu sahaja, ia akan kekal kusam dan diselaputi butir-butir habuk. Namun,kualitinya tetap sama.Apa yang membezakannya hanyalah luaran semata-mata.

Sifat positif dalam diri individu boleh diumpamakan sebagai proton yang bercas positif dalam atom.

"Murid-murid,di manakah proton terletak?"

Proton terletak di nukleus atom.Menunjukkan bahawa ia tidak dapat dipisahkan dari jasad atom.Selain itu, proton juga tetap bilangannya dan ditakdirkan oleh Allah SWT,tidak boleh dipindahkan ke atom lain.Maka, bermaksud proton itu kekal dalam jasad sebuah atom.

Sebagaimana proton,begitulah sifat positif dan kebaikan dalam diri manusia. Ia wujud sejak azali dan tidak boleh dipisahkan....itulah FITRAH kejadian.

Renungkan.
Tiada sesiapa pun di dunia ini dilahirkan untuk menjadi jahat.Tidak akan terkandung dalam rahim seorang ibu, seorang yang sudah ditetapkan jahat sedari kecil.Tiada sesiapa dilahirkan untuk membunuh,merompak, merogol dan sebagainya. Semua perkara tersebut dipelajari oleh anak itu sendiri.

Kerana fitrah setiap kejadian itu suci dan indah...sesuai dengan perkataan FITRAH itu sendiri yang membawa maksud suci dan bersih dari segi lughowi nya.Selain itu,dari sudut istilahnya, membawa maksud sesuatu yang wujud dalam diri manusia demi kebaikan manusia itu sendiri.

Maka,sekiranya kita berfikir,
"Aku ni memang penagih dadah dari kecil. Dah termaktub sejak azali."
Sememangnya salah.Malahan, keadaan sedemikian menunjukkan kita bersangka buruk dengan Allah..
Maka, seandainya kita bersangka buruk dengan Allah, tiadalah barakah dari-Nya.

"Ion tu apa?"

Atom. Selain mempunyai proton,elektron dan neutron, ia juga melalui proses tindak balas kimia . Pada akhir tindak balas tersebut, atom akan bertukar menjadi ION (atom yang mempunyai cas) . Sebahagian atom akan menjadi ion bercas positif dan sebahagian yang lain akan menjadi ion bercas negatif.

Andaikan proses tindak balas kimia sebagai KEHIDUPAN. Walaupun pada awalnya,semua manusia adalah suci,bersih dan tidak tahu apa-apa,tetapi ia belajar pelbagai perkara baik dan buruk sewaktu melalui kehidupan di dunia. Maka,segala kesucian sedari lahir tadi mungkin pudar ataupun makin bersinar
bergantung kepada apa yang insan tersebut peroleh sewaktu di dunia.

Begitulah natijah kehidupan manusia,pasti akhirnya ada yang menjadi baik,dan ada yang menjadi jahat. Walaupun pada asalnya, semua manusia dilahirkan ibarat sehelai kain putih yang suci dan bersih...tidak baik mahupun jahat.

Semuanya bergantung kepada apa yang diajarkan dan dipelajari oleh individu tersebut. Sekiranya tepat jalannya, maka syurga baginya .


Proton  tidak meninggalkan atom . Kebaikan tidak meninggalkan manusia. .

"Sekalipun dia digelar sejahat-jahat manusia,
 pasti masih ada kebaikan yang bersisa ."

Seorang pelacur yang telah melayan puluhan mungkin ratusan orang lelaki masih mempunyai IHSAN terhadap seekor anjing yang kehausan. Maka, dia mengisi air ke dalam kasutnya, lalu diberikan anjing itu minum. Natijahnya, Rasulullah menjanjikan syurga buat wanita ini.

Firaun yang angkuh dengan Tuhan masih menerima bayi hanyut itu setelah dipujuk isterinya,Asiah walaupun dia berada dalam tahap keangkuhan dan ego yang sangat tinggi .

 Oleh itu , anda yang bertaraf tok sheikh-tok sheikh ni ..
Janganlah berputus asa berbuat kebaikan.
Janganlah futur dalam berdakwah.
Rahmat Allah itu luas dan pasti bagi hamba-hamba-Nya .

"Halo, namun begitu, adakah kita WAJIB memandang elektron yang bercas negatif tu, sebagai watak jahat dalam kehidupan?"

"Ehh, tak semestinya. Tunggu dan nantikan ."

Friday, 25 September 2015

Futur

Orang kata kita suka nilai (judge). Orang juga kata kita berlagak Tuhan. Orang juga kata kita acah maksum.


Dan seterusnya,ibarat mangga jatuh dari pokok, ia berkecai di permukaan tanah kerana daya impuls yang diterimanya amat besar. Permukaan tanah yang keras juga memendekkan masa hentaman.
Alah fizik.

Itulah hati yang goyah berdakwah.

Dan seterusnya kita jatuh. Jatuh tersungkur ibarat daun yang gugur. Tiada daya untuk berpaut. Tiada upaya untuk bertaut.



Bayu laut singgah memukul diri.
Tapak kasut menjengah bercerai hati.

Saat itulah kita rasakan peri dugaan.
Saat itulah kita merasakan tiada peneman.
Saat itulah kita rasakan beban termapan.
Saat itulah datang pada kita satu godaan. 

"Hang nak lagi ka kena hentam lagu ni?"
"Ceq rasa hang kena berhenti buat hat ni."
"Depa tu semua buang hang. Ceq saja yang sentiasa sokong hang."


" Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam dengan sepenuhnya, dan JANGANLAH KAMU MENGIKUT JEJAK LANGKAH SYAITAN, seeungguhnya dia adalah musuh yang nyata bagi kamu."

Sudah terang lagi bersuluh dengan torchlight highbeam. Syaitan ialah musuh yang nyata bagi kita semua. Maka, barangsiapa mengikut kata-katanya, tidak mustahil akan berada dalam kerugian.


 Memang sudah lumrah manusia, mempunyai seketul hati yang goyah. Kerap kali berbolak-balik dan mudah terpedaya. Akan tetapi, kehadiran Allah yang Maha Penyayang sentiasa mengampunkan hamba-hamba-Nya. Kerana sesungguhnya, Dialah \Tuhan Yang Menciptakan dan memahami setiap ciptaan-Nya.


Itulah yang mahu saya kongsikan pada hari ini. Berkenaan keadaan yang sering kita, Sang Daie alami sepanjang proses berdakwah.

FUTUR.

Bahasa  = Keadaan lemah atau malas setelah berusaha
Istilah    = Penyakit kecewa dalam melakukan sesuatu amanah kerana asbab tertentu

Sesungguhnya, penyakit ini akan hadir pada setiap individu. Kerana sememangnya kita diciptakan lemah. Tetapi, Maha Pengasihnya Allah, Dia menyedarkan kita di saat kita bersedih.
Firmannya,


"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan menegakkan dan mempertahankan Islam),
 dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), 
padahal kamulah orang-orang yang tertinggi(mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang sungguh beriman."


Ingatlah, kita tidak berdaya, kerana kita hanya hamba. Tuhan itu Maha Kuasa, minta sahajalah kepada-Nya.

Nak atasi? Siapa taknak? Kita tahu ini masalah berkaitan hati. Maka, penyelesaiannya juga terletak pada hati.

" Hanya hati yang hidup, mampu hidupkan hati yang mati. "
Maka persoalannya kembali soal hati. Andai kita rasa hati kita hati yang mati, maka hidupkanlah, sebelum menghidupkan hati-hati lain yang mati. Tetapi, bagaimana?

INGATILAH ALLAH.
INGATILAH RASULULLAH.

Apabila anda ingati keduanya,
anda sedar hidup ini untuk Dia.
Tiada apa untuk kita.
Kerana kita hamba belaka.

Penyakit hati sebegini tidak mampu didiagnosis oleh mana- manapun doktor pakar.Tanda-tandanya hanya mampu dikesan oleh diri sendiri sahaja.
Kerana itulah,  pentingnya muhasabah. Takut- takut diri terlalu megah.

Kerana bila terlalu megah dengan diri, nescaya kita lupa mati.
Lupa mati, lupa diri.

Monday, 21 September 2015

Ibarat Daun Berkloroplas

Bismillah



Kloroplas. Nama yang tidak asing bagi penuntut ulum biologi. Sangat seni namun peranan sangat besar kepada sepohon kayu daunnya rimbun.

Daun. Tempat letaknya sel-sel tumbuhan yang berhubung yang mana di dalamnya, ditempatkan oleh sang Pencipta, kloroplas.

"ok, saya nak kamu semua petik beberapa daun yang ada dekat sekolah berprestasi tinggi ni"

Kata-kata cikgu baiyo kepada anak-anak muridnya yang masih mentah dalam mendalami ilmu ilahi.

Terbit persoalan di benak fikiran seorang pelajar.

"Weh, aku ade soalan bio-philosophy untuk kau."

"Apa dia?"

"Kenapa daun yang aku petik jadi kering lepas beberapa waktu."

"(processing answer)"

OK,OK, sebelum anda terpikir jawapan yang terlalu aras tinggi mengikut skema jawapan. Mai sini chek bagitau.

Daun yang gugur, dengan adanya kloroplas masih lagi mampu melaksanakan fotosintesis dengan jayanya. Namun kenapa ia masih akan kering?

".........."

Sebab apa dia nak jalankan fotosintesis lagi. Fotosintesisnya tiada fungsi lagi. Dia dah terpisah daripada komuniti sepohon kayu daunnya rimbun. Kalaupun ia melaksanakan fotosintesis, nutriennya tak dapat ia sumbangkan kepada seluruh pokok.

"Jadi sebab tu ke dia kering?"

Tujuan, matlamat, agenda sehelai daun adalah untuk menjalankan fotosintesis dengan kelebihan kloroplas yang ada padanya agar natijahnya pohon dapat hidup dengan nutrien yang dihasilkan daun. Daun yang terpisah daripada pohon tidak dapat melaksanakan tugas mulia ini. Maka keringnya daun kerana telah hilangnya arah tuju kehidupannya. Keringnya daun ini kerana hilangnya erti kehidupan baginya. Keringnya daun ini kerana hilangnya fungsi kepada komuniti pohon.

Begitulah juga apa yang akan terjadi pada manusia. Hidupnya manusia di muka bumi ini penuh dangan tanggungjawab yang perlu digalas. Kepada agama, bangsa, masyarakat, keluarga, hatta kepada diri sendiri.

“Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mukminun:115) 

 Apa yang specialnya manusia ini, mereka hidup bermasyarakat, dalam komuniti. Jadi apabila mereka dicabut daripada komuniti, mereka 'mati'. Manusia dicipta untuk menabur bakti. Kelebihan yang ada tiada guna jika tidak disumbang untuk masyarakat.

Samalah seperti daun. Klorofil masih berfungsi tapi bila daun sudah tidak melekat maka tiadalah berguna lagi klorofil.

Penciptaan manusia bukan sia-sia.

Kelahiran manusia membawa makna bahawa seorang khalifah telah ditugaskan Allah untuk memakmurkan bumi.

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”.” (QS Al Baqarah : 30)

"Oh, baru aku paham"

"kann"

"Tapi....."

"Apa?"

"Kau student account macam mana kau boleh fikir pasal ni?"

"Ilmu milik Allah, bukan milik student pure science"





Salam Tarbawi
-Jubah Puteh-










Saturday, 22 August 2015

Kau Da'ie

Bismillah

"Suatu bencana apabila seorang DAI'E hanya tahu membaca buku, tetapi tidak mampu membaca masyarakat"

Maka tersentaplah semua ulat-ulat yang sedang membaca buku dengan khusyuk.

Siapa mereka

Apa beza ahli ibadah dengan pendakwah?

Soalan cepumas yang jarang-jarang bermain di bibir manusia sebagaimana bermainnya kanak-kanak dengan mercun pop-pop pada malam raya ini.

Secara mudah, ahli ibadah adalah sepertimana anda melihat orang yang duduk di masjid, surau, tepi jalan atau mana-mana sahaja tempat dan beribadah kepada Allah. Dan anda nampak secara jelas bahawa dia sedang beribadah. Solat, zikir, baca Al-Quran. Itu sahaja. Anda lihat, anda kagum dan anda blah. Itu je, mungkin ada juga yang tak ambil kisah pon.

Sapa pula dai'e

Mendekatkan diri kepada pencipta melalui manusia. Itu misinya. Tak jauh beza dengan ahli ibadah, cuma method. Orang-orang ini menggunakan manusia sebagai sebab untuknya masuk ke dalam syurga Allah. Mereka solat, zikir dan baca Quran. Tapi ada satu nilai lain yang menjadikan mereka da"ie, atau dalam bahasa Melayunya Penyeru, iaitu menyeru orang lain bersama-sama bergandingan ke syurga.

Jadi, sebelum saya mengakhiri tulisan ini, saya tinggalkan suatu persoalan,

Kita hidup dengan pilihan. Tak boleh jadi seperti lagu "terpulanglah mau jadi hapa, mau jadi hantu, mau jadi buaya". Hidup mesti bermatlamat. Suatu matlamat yang kukuh memerlukan pilihan yang tepat. Oleh itu, " Aku mau jadi apa?"
Itu saya syarahkan pada masa yang diizinkan  Allah.




Salam Tarbiyah
-Jubah Puteh-








Sunday, 21 June 2015

Kamilah umat yang ohsem!! - II

Alhamdulillah,dapat sekali lagi ku mengosongkan ruang waktu untuk mengorbankannya demi menulis tinta digital ini. Kalau ikutkan, sememangnya tiada daya untuk ku meneruskan penulisan berikutan 'kepenatan' dalam bulan mulia ini... *jet jet penat je

Ok.Harini saya nak sambung entri kedua tentang --"Kamilah Umat Yang Ohsem!!".
Sebagaimana semua sedia maklum, status sebagai umat yang ohsem ini diperoleh melalui pengamalan konsep Amar Maaruf Nahi Mungkar. So, today we gonna go through into this concept...ok?


1. Amar Maaruf

"Leman, jom turun musolla. Solat yuk!!"
Ayat ni sering kedengaran di asrama tempat saya menetap. Dan jawapan yang mungkin baginya adalah,

"Ok.Ok. Kau turun dulu lah."
ataupun,
"Dorm ni suci jugak kalau nak beribadah kan..? Menang stardorm kot."
 Hahahah,banyak jawapan mad'u atau orang yang diajak. Tapi, apa yang saya nak fokuskan kat sini adalah berkaitan konsep 'ajak kepada kebaikan' yag bahasa arabnya adalah 'Amar Maaruf'.
Mengajak kepada kebaikan adalah apabila kita sebagai daie menyeru dan menggalakkan mad'u untuk bersama-sama melakukan kebaikan,melakukan perintah Allah dan meninggalkan segala larangan -Nya.Dan sudah semestinya,tugas ini adalah tanggungjawab setiap dari kita. Senang cerita, konsep ni "mengajak","menyeru" atau "menggalak".

Banyak lagi yang berkaitan konsep ni, tapi konsep ni tidak boleh diterangkan tanpa Nahi Mungkar .


Image from : mutiaraislam.wordpress.com


2.Nahi Mungkar

ok.Basically,kita tahu yang nahi mungkar ni maksudnya mencegah kemungkaran. Apa kemungkaran yang patut kita cegah ni? Banyak kemungkaran,dalam kata lain,dosa dan maksiat.

Dari Abu Said al-Khudri R.A berkata,bahawa Rasulullah SAW bersabda,yang bermaksud.
 “Barangsiapa melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan hatinya, dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman"
(HR Muslim)
Nampak tak apa yang Rasulullah SAW ketengahkan dalam hal ini berkaitan mencegah kemungkaran. Nak tunjuk betapa pentingnya dan wajib bagi setiap dari kita untuk mencegah setiap kemungkaran yang kita lihat atau sedar.
So,sekarang kita tahu AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR ni sentiasa menjadi satu kewajpan untuk kita semua yang bergelar muslim.Ingat KEWAJIPAN ataupun TANGGUNGJAWAB.

Jadi, by hook or by crook kita semua kena jalankannya sebaik mungkin. Inilah tugas seorang DAIE. Dia mengajak ke jalan Allah SWT dan mencegah masyarakat dari melakukan kebatilan dan perbuatan mungkar untuk memastikan keamanan masyarakat terjaga di samping sentiasa berada di dalam Rahmat dan Redha Allah SWT.


Nak kata dekat sini...

"Setiap kamu yang menjalankan Amar Maaruf, pasti menjayakan Nahi Mungkar"
sebab apa..?

Sudah semestinya kan? Apabila kita berusaha menjadi pensil yang menulis kebaikan,mestilah kita juga perlu menjadi pemadam yang memadam kejahatan. Barulah terhasil sebuah penulisan ynag baik dan mantap di mata periksa.. *perghh analogi masyukk

Ok. Itu sekadar asas. Ingat,

"Aku pensil.Aku juga pemadam." 

Sekadar itu sahaja untuk kali ini, In Shaa Allah saya akan sambung dalam penulisan selanjutnya.
Moga bertemu di lain masa. Assalamu'alaikum,sekalian manusia.







Saturday, 13 June 2015

Walaupun Jasadnya Sudah Pergi ... ;') ( Entri 1)


Bismillah . Alhamdulillah . 



Inshaa Allah , bersama - sama kita sedekahkan Allah fatihah buat
1) Junjungan Nabi Muhammad Sallahu Alaihi wasallam
2) Para Sahabat baginda Rasulullah
3) Ibu bapa kita .
4) Sahabat kita
5) Khasnya buat DIRI KITA yang penuh dengan dosa kepada NYA .



AL-FATIHAH

Okay , awak . Senyumlah sikit . yeee . awak yang tengah baca entri ni . SENYUM DULU BARU SAYA MULA ! hihi.

Okay bismillah .

"Awak ada orang yang paling awak sayang tak ..?"
"Pernah tak pandang wajah orang yang kita sayang tu .. ?"

Semua ada orang yang mereka sayang .umumnya , IBU , AYAH , NENEK , DATUK , PAKCIK , MAKCIK , JIRAN , JIRAN NENEK , dan yang pailang  paling tak dinafikan lagi ....... (iringan drum solo) .... KAWAN ! SAHABAT ! MEMBER! kan?

Okay , nak cakap ,,
Kita pasti akan berpisah jugak dengan semua tu.
Detik itu pasti datang.
Kita sudah berjanji sejak dulu , sanggup datang , sanggup pulang.
Kita dan dia pasti dipisahkan takdir
Takdir yang tidak dapat dihalang tadbir.
 itulah ,
KEMATIAN .

"Pernah kematian nenek atau sesiapa saja ?"
"Menangis tak masa tu ?"


Itulah detik paling menyedihkan.
Sedih untuk kita, kerana kita yang ditinggalkan
Lebih sedih lagi bagi kita yang meninggalkan.
Kita sama sama akan merasa kehilangan.
Tidak kira siapa dahulu , siapa kemudian .
Ditinggalkan atau meninggalkan pasti pahit dan sakit dirasakan .

Pada saat diuji dengan kematian atau ditinggalkan oleh orang tersayang, kenangkanlah hidup kekasih ALLAH , Rasulullah  s.a.w
Bukankah Baginda telah dididik dengan ujian paling getir bernama  KEMATIAN.

Ayahanda Baginda , Abdullah pergi dahulu sebelum sempat Baginda dilahirkan .
Ibunya , Aminah pula menyusul beberapa tahun kemudian .
Tidak sempat bermanja dengan Abdul Mutalib , datuknya pula meninggalkannya
Lalu , Baginda yang yatim lagi piatu dipelihara oleh bapa saudaranya , siapa ?
ya. Abu Thalib.

"Jika kematian dikatakan boleh mencabut kebahagiaan , belajarlah dari Rasulullah "

Baginda telah menghadapi kematian orang yang tersayang secara berturut turut .
Kenangkanlah ketika Rasulullah masih kanak-kanak , tanpa ibu bapa tetapi telaah menjadi pengembala kambing.

"Apa lagi yang boleh menggugat kebahagiaan seseorang manusia yang lebih hebat daripada kematian ? 
Kemiskinan ?
Kesakitan ?
Celaan ?
Kekalahan ?

Itu semua ujian hidup yang lebih kecil dari kematian!
Kematian "pemutus" segala kebahagiaan
Sama ada kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi atau kita yang meninggalkan mereka.
Saat itu , saat paling derita !

Bersambung.










Friday, 12 June 2015

Kenapa Madu Lebah ?

Uhuk uhuk

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Semua ! :D

Hehehe , Jadi sebagai muqaddimah , saya bukanlah seorang author yang baik , cuma , saya nak kenal kan diri saya sikit . boleh tak ? Heeeee

Walau pun takde orang tanya kenapa saya hadir sebagai Madu Lebah , tapi takpe :') saya nak juga terangkan apo sobab eh esey timbul sobagai madu lobah .

Pertamanya , Madu .
Madu di sini bukan lah maknanya bini ke-2 eh eh . bukan tau . Madu di sini maksudnya air manis yang terdapat dalam bunga atau sarang lebah .

Mafhumnya , saya nak menjadi manisan kepada anda semua sehingga anda mengenal kemanisan dalam beragama Islam . In Shaa Allah . Saya akan hidangkan kepada anda semua tentang ke-postif-an (EHHH) yang wujud di muka bumi ini . Pehhhh

Namun , jangan dilupakan dalam nama saya juga terdapat kalimah lebah . Hehehe . Lebah ni ada sengat tauu . Jadi , berhati hatilah . Dalam tarbiyyah , tidak semestinya kita berikan target dengan keselesaan , namun , kita juga perlu berikan sedikit TAMPARAN buat mereka .
Mudah mudahan , mereka mampu bangkit dan menjadi lebih hebat daripada gajah . ehhh .
Apapo yo lah kan .

Jadi secara keseluruhannya , konsep tarbiyyah yang kami bawakan di blog ini bukanlah sekadar yang manis manis , malah yang sakit sakit pun HADOO . Sebab apa tau ? Sebab kita perlukan kedua dua nya . Kita tidak boleh terlampau diselesakan dengan kemudahan takut berlaku

Islam itu Mudah , Namun Jangan Dipermudahkan

Maknanya , saya takut nanti anda semua permudahkan Islam walaupun Islam itu sendiri telah sempurna . Maka nya , bersedialah menerima tarbiyyah dari kami . 

Ikhlaskan hati , mohon kemaafan ,
Leburlah dosa di tapak tangan .


Maafkan segala silap dan salah ,
Insan bersatu membina ummah :D

*maaf le tak pandai nak hias hias macam author lain .




Hamasah As-Syabab

Bismillah

"Beri aku sepuluh pemuda, nescaya akan aku goncang dunia!!"

"Ish....kau dah kenapa? Tersedak maggi aku nih.. Nasib baik tak keluar hidung "

"Ntah, kau tengok tengok diam-diam boleh tak... Bukannya gol pon"

"............"

Begitulah perbualan tiga orang pemuda yang sedang asyik menonton perlawanan bola sepak  antara dua kumpulan yang langsung tidak dikenali mereka. Sekadar mengisi masa lapang berkualiti di bilik mereka.

Pemuda

Ok, siyesli statement di atas tiada kena mengena dengan isu yang akan dikupas.

Dan tajuk di atas tiada kena mengena dengan apa-apa jenis term pemuda yang terlibat dengan politik seperti pemuda UMNO dan PAS serta lain-lain

Cuma PEMUDA atau lebih selamat saya istilahkan syabab........(Heh, sama je maksud...poyo...)

Rasanya untuk pengenalan....

Ce search surah kahfi ayat yang ke-100 dari belakang...
hahaha..berape tuh....ayat 10 la..

Pastu bandingkan dengan ayat 13 surah yang sama..


Jadi, ada apa dengan ayat nih

Kalau anda seorang pelajar bahasa arab yang tegar dan ketagih, anda akan perasan perbezaan yang ketara pada perkataan FITYA yang umumnya membawa maksud pemuda

Fitya pada ayat ke-10 adalah ..... (iringan drum solo)

ISM Ma'rifah (kata nama khas) yang ditujukan KHAS buat pemuda  Al-Kahfi

"Ingatlah ketika pemuda-pemuda itu berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa : "Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami"
 Ayat ini hanya menerangkan perihal cereka para pemuda Al-Kahfi dan ayat ni semata-mata ditujukan khas buat mereka.

Ce usha pula ayat 13
"Kami ceritakan kepadamu (Muhammad) kisah mereka dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada tuhan mereka, dan kami tambahkan petunjuk kepada mereka"

Duh, ape beza bruh maksud dia pemuda gak....

Haa.... Bezanya pada perkataan itu. Bukan perkataan itu. Tapi perkataan ITU.

Ayat 10, kalau ditranslatekan kepada bahasa melayu ia akan membawa perkataan ITU kerana hanya specific atau KHUSUS untuk pemuda ITU.

Ayat 13 pula Fitya dalam ayat tak menunjukkan huruf alif lam, sekaligus apabila ditranslatekan, ia menunjukkkan bahawa Fitya dalam ayat itu UMUM dan tidak merujuk kepada sesiapa. Dalam bahasa arab , ia dikenali sebagai ISM Nakirah (kata nama AM)

Jadi?
Jadi,

Barangsiapa yang berminat untuk meletakkan dirinya seiringan dengan para syuhada' , Anbiya', dan sesiapa sahaja yang disebut Allah dalam Al-Quran, maka peluang sentiasa terbuka kerana anda mungkin FITYA yang dicari-cari 

Oleh itu, bak kata orang putih, ''Rejoice..." atau bergembiralah dengan berita gembira ini. Dan sentiasa bercita-cita agar andalah salah seorang pemuda yang disebut Allah dalam ayat ini.

Tapi kalau nak masuk ceria popstar pon ade syarat, takkan senang-senag je kita bole jadi FITYA dalam ayat tu? 

Itu saya akan kupas, kopek dan korek apabila tiba masanya. Rasanya sampai di sini je kita bersua.
Sehingga ketemu lagi.





Salam Tarbiyah
-Jubah Puteh-



Thursday, 11 June 2015

"Kamilah Umat yang OHSEM!!"

Bismillah..

Tajuk kata,,,
Kamilah umat yang ohsem...!!"
tapi untuk siapa sebenarnya yang layak sebut perkara ni. Okeyla bicara mesti dengan kelayakan... kau nak kehebatan mesti ada tindakan hebat gak,,takde duduk goyang kaki tetibe ada posmen datang ucap,,"Tahniah,,kau antara umat terbaik..!!"...Mesti ade benda ni....OK jom tengok balik apa yang Allah habaq kat kita..

Sebelum ayat umat torrrbaik ni,,,ade satu ayat Ali Imran ke-104,,bunyinya...


"Dan hendaklah (ada) diantara kamu satu golongan....."

Napa kena ada satu..??Pelik pelik...kat dunia ni Allah cipta banyak,,,tak terkira golongan manuia,,,tapi Allah nak ada satu yang special ... apa mereka buat..?? Jom tengok..

"....mengajak kepada yang baik,menyuruh perkara yang maaruf dan mencegah
 perkara yang mungkar..."

Haaa,,ni makan dia.. ada benda mereka kena buat...macam susah jerr,..tapi mesti ada benda yang Allah janji kan..?? Tengok Allah janjikan mereka sebagai...

"....mereka itulah ORANG-ORANG YANG BERJAYA."

Alhamdulillah,,,mereka itu orang berjaya,,,tapi ingat ada lagi ayat khusus untuk mereka...jom tngok ayat beberapa selepasnya...dalam surah Ali-Imran ayat 110..



"KAMULAH UMAT YANG TERBAIK dikeluarkan dari manusia..."


Allah kata,,,kamulah umat terbaik,,,dan mereka yang terbaik ni mesti ada ciri2 gak yang menjadikan mereka terbaik atau OHSEM gituh...mereka buat apa...



"..kamu menyuruh pada yang maaruf.."

lagi..tak kan satu je...ade lagi...

"....kamu mencegah daripada yang mungkar..."

lagi..?

"..kamu beriman kepada Allah..."

Aikk kenapa MERAH..?? Hahaha saje je kan..? Ehh taklah,,,kenapa saya pakai merah...sebab ciri-ciri inilah yang kita perlu ada untuk jadi UMAT OHSEM!! 
Ini yang kita kena buat ------ Menyuruh melakukan maaruf
                                                  ------ Mencegah daripada kemungkaran
                                                  ------ Beriman kepada Allah SWT 
Boleh tak..?? Inilah yang kita panggil BERDAKWAH.... *clap clap
Lepak lepak,,,ni baru permulaan,,,,banyak lagi kena syarah sebab konteks dakwah ni punyela besar,,macam pavilion... *krik krik    Takdelah,,bahkan besar lagi adela!!

"Fuhh besarnya benda nih,,cuak lahh..."

Memang,,memang besar,,,dan tentunya banyak cabaran,,,kenapa?? Sebab ni lah jalan Rasulullah SAW yang Baginda tempuhi sepanjang hayat Baginda...kita hanya PEWARIS,,,so mestilah benda nih bersambung-sambung,,sebab tu kena sebarkan,,,takut2 tiba-tiba kehabisan orang yang nak berdakwah di muka bumi Allah ni... Tengok dalam surah Yusuf pulak ayat 108



"Katakanlah (wahai Muhammad) inilah jalanku aku mengajak ke jalan Allah,
berdasarkan keterangan yang nyata,aku dan sesiapa yang mengikutiku,
dan Maha Suci Allah 
dan tidaklah aku dari golongan yang mensyirikkan-Nya."



Tengok,,Dalam bahasa mudah nya,,,study the equation below...

Seru ke jalan Allah = Tugas Nabi SAW = Tugas mereka yang ikut Nabi SAW
maka,,, kamu dikira mengikut Rasulullah SAW jika dan hanya jika kamu mengajak ke jalan Allah...       
* fuhh penakulan matematik pon boleh
Got it..??Grab those.. sebab benda ni basic yang kita kena pegang..boleh kira hujah penting la jugak,,ni untuk kite jugak untuk bina KEYAKINAN untuk kita perjuangkan agama Allah SWT ini...

Ingat,dakwah tu untuk kita dan tugas kita..maka JOM BERDAKWAH!!

ade lagi,,tunggu lepas nihh...