Pages

Friday, 25 September 2015

Futur

Orang kata kita suka nilai (judge). Orang juga kata kita berlagak Tuhan. Orang juga kata kita acah maksum.


Dan seterusnya,ibarat mangga jatuh dari pokok, ia berkecai di permukaan tanah kerana daya impuls yang diterimanya amat besar. Permukaan tanah yang keras juga memendekkan masa hentaman.
Alah fizik.

Itulah hati yang goyah berdakwah.

Dan seterusnya kita jatuh. Jatuh tersungkur ibarat daun yang gugur. Tiada daya untuk berpaut. Tiada upaya untuk bertaut.



Bayu laut singgah memukul diri.
Tapak kasut menjengah bercerai hati.

Saat itulah kita rasakan peri dugaan.
Saat itulah kita merasakan tiada peneman.
Saat itulah kita rasakan beban termapan.
Saat itulah datang pada kita satu godaan. 

"Hang nak lagi ka kena hentam lagu ni?"
"Ceq rasa hang kena berhenti buat hat ni."
"Depa tu semua buang hang. Ceq saja yang sentiasa sokong hang."


" Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam dengan sepenuhnya, dan JANGANLAH KAMU MENGIKUT JEJAK LANGKAH SYAITAN, seeungguhnya dia adalah musuh yang nyata bagi kamu."

Sudah terang lagi bersuluh dengan torchlight highbeam. Syaitan ialah musuh yang nyata bagi kita semua. Maka, barangsiapa mengikut kata-katanya, tidak mustahil akan berada dalam kerugian.


 Memang sudah lumrah manusia, mempunyai seketul hati yang goyah. Kerap kali berbolak-balik dan mudah terpedaya. Akan tetapi, kehadiran Allah yang Maha Penyayang sentiasa mengampunkan hamba-hamba-Nya. Kerana sesungguhnya, Dialah \Tuhan Yang Menciptakan dan memahami setiap ciptaan-Nya.


Itulah yang mahu saya kongsikan pada hari ini. Berkenaan keadaan yang sering kita, Sang Daie alami sepanjang proses berdakwah.

FUTUR.

Bahasa  = Keadaan lemah atau malas setelah berusaha
Istilah    = Penyakit kecewa dalam melakukan sesuatu amanah kerana asbab tertentu

Sesungguhnya, penyakit ini akan hadir pada setiap individu. Kerana sememangnya kita diciptakan lemah. Tetapi, Maha Pengasihnya Allah, Dia menyedarkan kita di saat kita bersedih.
Firmannya,


"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan menegakkan dan mempertahankan Islam),
 dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), 
padahal kamulah orang-orang yang tertinggi(mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang sungguh beriman."


Ingatlah, kita tidak berdaya, kerana kita hanya hamba. Tuhan itu Maha Kuasa, minta sahajalah kepada-Nya.

Nak atasi? Siapa taknak? Kita tahu ini masalah berkaitan hati. Maka, penyelesaiannya juga terletak pada hati.

" Hanya hati yang hidup, mampu hidupkan hati yang mati. "
Maka persoalannya kembali soal hati. Andai kita rasa hati kita hati yang mati, maka hidupkanlah, sebelum menghidupkan hati-hati lain yang mati. Tetapi, bagaimana?

INGATILAH ALLAH.
INGATILAH RASULULLAH.

Apabila anda ingati keduanya,
anda sedar hidup ini untuk Dia.
Tiada apa untuk kita.
Kerana kita hamba belaka.

Penyakit hati sebegini tidak mampu didiagnosis oleh mana- manapun doktor pakar.Tanda-tandanya hanya mampu dikesan oleh diri sendiri sahaja.
Kerana itulah,  pentingnya muhasabah. Takut- takut diri terlalu megah.

Kerana bila terlalu megah dengan diri, nescaya kita lupa mati.
Lupa mati, lupa diri.

No comments:

Post a Comment