Pages

Friday, 25 September 2015

Futur

Orang kata kita suka nilai (judge). Orang juga kata kita berlagak Tuhan. Orang juga kata kita acah maksum.


Dan seterusnya,ibarat mangga jatuh dari pokok, ia berkecai di permukaan tanah kerana daya impuls yang diterimanya amat besar. Permukaan tanah yang keras juga memendekkan masa hentaman.
Alah fizik.

Itulah hati yang goyah berdakwah.

Dan seterusnya kita jatuh. Jatuh tersungkur ibarat daun yang gugur. Tiada daya untuk berpaut. Tiada upaya untuk bertaut.



Bayu laut singgah memukul diri.
Tapak kasut menjengah bercerai hati.

Saat itulah kita rasakan peri dugaan.
Saat itulah kita merasakan tiada peneman.
Saat itulah kita rasakan beban termapan.
Saat itulah datang pada kita satu godaan. 

"Hang nak lagi ka kena hentam lagu ni?"
"Ceq rasa hang kena berhenti buat hat ni."
"Depa tu semua buang hang. Ceq saja yang sentiasa sokong hang."


" Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam dengan sepenuhnya, dan JANGANLAH KAMU MENGIKUT JEJAK LANGKAH SYAITAN, seeungguhnya dia adalah musuh yang nyata bagi kamu."

Sudah terang lagi bersuluh dengan torchlight highbeam. Syaitan ialah musuh yang nyata bagi kita semua. Maka, barangsiapa mengikut kata-katanya, tidak mustahil akan berada dalam kerugian.


 Memang sudah lumrah manusia, mempunyai seketul hati yang goyah. Kerap kali berbolak-balik dan mudah terpedaya. Akan tetapi, kehadiran Allah yang Maha Penyayang sentiasa mengampunkan hamba-hamba-Nya. Kerana sesungguhnya, Dialah \Tuhan Yang Menciptakan dan memahami setiap ciptaan-Nya.


Itulah yang mahu saya kongsikan pada hari ini. Berkenaan keadaan yang sering kita, Sang Daie alami sepanjang proses berdakwah.

FUTUR.

Bahasa  = Keadaan lemah atau malas setelah berusaha
Istilah    = Penyakit kecewa dalam melakukan sesuatu amanah kerana asbab tertentu

Sesungguhnya, penyakit ini akan hadir pada setiap individu. Kerana sememangnya kita diciptakan lemah. Tetapi, Maha Pengasihnya Allah, Dia menyedarkan kita di saat kita bersedih.
Firmannya,


"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan menegakkan dan mempertahankan Islam),
 dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), 
padahal kamulah orang-orang yang tertinggi(mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang sungguh beriman."


Ingatlah, kita tidak berdaya, kerana kita hanya hamba. Tuhan itu Maha Kuasa, minta sahajalah kepada-Nya.

Nak atasi? Siapa taknak? Kita tahu ini masalah berkaitan hati. Maka, penyelesaiannya juga terletak pada hati.

" Hanya hati yang hidup, mampu hidupkan hati yang mati. "
Maka persoalannya kembali soal hati. Andai kita rasa hati kita hati yang mati, maka hidupkanlah, sebelum menghidupkan hati-hati lain yang mati. Tetapi, bagaimana?

INGATILAH ALLAH.
INGATILAH RASULULLAH.

Apabila anda ingati keduanya,
anda sedar hidup ini untuk Dia.
Tiada apa untuk kita.
Kerana kita hamba belaka.

Penyakit hati sebegini tidak mampu didiagnosis oleh mana- manapun doktor pakar.Tanda-tandanya hanya mampu dikesan oleh diri sendiri sahaja.
Kerana itulah,  pentingnya muhasabah. Takut- takut diri terlalu megah.

Kerana bila terlalu megah dengan diri, nescaya kita lupa mati.
Lupa mati, lupa diri.

Monday, 21 September 2015

Ibarat Daun Berkloroplas

Bismillah



Kloroplas. Nama yang tidak asing bagi penuntut ulum biologi. Sangat seni namun peranan sangat besar kepada sepohon kayu daunnya rimbun.

Daun. Tempat letaknya sel-sel tumbuhan yang berhubung yang mana di dalamnya, ditempatkan oleh sang Pencipta, kloroplas.

"ok, saya nak kamu semua petik beberapa daun yang ada dekat sekolah berprestasi tinggi ni"

Kata-kata cikgu baiyo kepada anak-anak muridnya yang masih mentah dalam mendalami ilmu ilahi.

Terbit persoalan di benak fikiran seorang pelajar.

"Weh, aku ade soalan bio-philosophy untuk kau."

"Apa dia?"

"Kenapa daun yang aku petik jadi kering lepas beberapa waktu."

"(processing answer)"

OK,OK, sebelum anda terpikir jawapan yang terlalu aras tinggi mengikut skema jawapan. Mai sini chek bagitau.

Daun yang gugur, dengan adanya kloroplas masih lagi mampu melaksanakan fotosintesis dengan jayanya. Namun kenapa ia masih akan kering?

".........."

Sebab apa dia nak jalankan fotosintesis lagi. Fotosintesisnya tiada fungsi lagi. Dia dah terpisah daripada komuniti sepohon kayu daunnya rimbun. Kalaupun ia melaksanakan fotosintesis, nutriennya tak dapat ia sumbangkan kepada seluruh pokok.

"Jadi sebab tu ke dia kering?"

Tujuan, matlamat, agenda sehelai daun adalah untuk menjalankan fotosintesis dengan kelebihan kloroplas yang ada padanya agar natijahnya pohon dapat hidup dengan nutrien yang dihasilkan daun. Daun yang terpisah daripada pohon tidak dapat melaksanakan tugas mulia ini. Maka keringnya daun kerana telah hilangnya arah tuju kehidupannya. Keringnya daun ini kerana hilangnya erti kehidupan baginya. Keringnya daun ini kerana hilangnya fungsi kepada komuniti pohon.

Begitulah juga apa yang akan terjadi pada manusia. Hidupnya manusia di muka bumi ini penuh dangan tanggungjawab yang perlu digalas. Kepada agama, bangsa, masyarakat, keluarga, hatta kepada diri sendiri.

“Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mukminun:115) 

 Apa yang specialnya manusia ini, mereka hidup bermasyarakat, dalam komuniti. Jadi apabila mereka dicabut daripada komuniti, mereka 'mati'. Manusia dicipta untuk menabur bakti. Kelebihan yang ada tiada guna jika tidak disumbang untuk masyarakat.

Samalah seperti daun. Klorofil masih berfungsi tapi bila daun sudah tidak melekat maka tiadalah berguna lagi klorofil.

Penciptaan manusia bukan sia-sia.

Kelahiran manusia membawa makna bahawa seorang khalifah telah ditugaskan Allah untuk memakmurkan bumi.

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”.” (QS Al Baqarah : 30)

"Oh, baru aku paham"

"kann"

"Tapi....."

"Apa?"

"Kau student account macam mana kau boleh fikir pasal ni?"

"Ilmu milik Allah, bukan milik student pure science"





Salam Tarbawi
-Jubah Puteh-