Pages

Saturday, 19 March 2016

Masih Bukan Sekadar Atom! - II

Bismillah.

Your failure is a sign of your success. Never give up. Because the worst always have something to tell you. 



Elektron yang berapi-api dengan mereka yang sering melabel dirinya sebagai satu benda buruk.

Menyambung entri atom yang dahulu, setelah mungkin berdekad aku menyimpan hasrat dan idea kecilku ini, mungkin sekadar perkongsian dari seorang insan yang hina.


"Ahhh. Frust doh. Tension betullah."

"Kau ni dah kenapa, Man?"

"Entahlah. Dari tadi aku sangkut soalan ni je. Dah berjam-jam aku try, tapi still benda sama je aku mistake. Aku tak tahulah kenapa lembap sangat la kepala otak aku ni."

"Kau pernah dengar cerita pasal Thomas Edison tak?"

"Kenapa? Dia cipta mentol. Aku tahula."

"Kau rasa dia nak hasilkan sebiji mentol bodo tu berapa lama?"

"Entahlah. Mana aku tahu. Kalau dia atuk aku ye la aku tahu."

"Untuk pengetahuan engkau, Thomas Edison cipta satu mentol bodo yang ko pakai tu lepas 999 kali cubaan yang gagal. Kali ke-1000 baru la boleh kira berjaya!!"



Elektron.
Satu unsur dalam atom yang berlegar di petala luar mengelilingi pusat atom atau nukleus. Elektron bercas negatif dan dipindahkan dari atom ke atom supaya cas dapat dihasilkan.

Mari kita lihat.
Sinonim masyarakat kita sekarang ini sering melabel perkara buruk dan membawa kesan buruk itu negatif. Ketika mana sesuatu yang buruk berlaku, negatif. Sesuatu yang salah, negatif. Dan umumnya kita memahami bahawa istilah negatif itu mencerminkan sesuatu yang buruk dan memburukkan.

So, kita boleh kata bahawa mauduk bicara kita sekarang adalah perspektif kita terhadap elektron adalah negatif dan sesuatu yang buruk. Kerana ia bercas negatif.

Maka, mari mulakan anjakan paradigma kita!

Adakah setiap yang berunsur negatif itu sebenar dan benar-benar mendatangkan keburukan?

"Edison, what did you feel after failed for 9999 times?"

Persoalan yang dilontarkan kepada Edison tentang percubaannya yang berkali-berkali. Gagal?? 9999 kali??
Amatlah buruk dan negatif.

Tetapi, apa yang Edison katakan?

"I didn't failed for 9999 times. I just found another 9999 ways that NOT work."

Jawapannya yang amat mengagumkan. Adakah Edison meletakkan 9999 kali cubaannya sebagai kegagalan?
Tidak. Bahkan Edison mengatakan 9999 yang gagal itu hanyalah 9999 kali yang belum menjadi dan pasti menjadi. Maka, dari 9999 kali cubaan yang 'belum menjadi', dia memerhati dan belajar tentang kesilapan yang dilakukannya. Alhasil, sebiji mentol berjaya dipatenkan.

Edison melihat dari kaca mata positif dan berkeyakinan. Dia melabel kegagalan yang dialami sebagai satu wahana untuk kejayaannya.

Berbalik kepada elektron, sebagai sesuatu unsur yang bersifat negatif, terlalu kasihan elektron kerana dia ditohmah dengan pelbagai retorik pemikiran yang melabelnya sebagai sesuatu yang buruk. Walhal, elektron boleh dianggap salah satu unsur penting dalam atom.

Elektron ialah jasad yang dipindahkan sewaktu tindak balas kimia berlaku!

Sewaktu tindak balas kimia berlaku, elektron akan dipindahkan ke atom lain supaya dapat menghasilkan zarah bercas ataupun ion. Sekiranya tiada perpindahan, penerimaan atau perkongsian elektron, sesuatu ikatan kimia tidak boleh terbentuk. Walau proton sekalipun tidak mampu bertindak sebagai atom sendirian.

Kita boleh anggap elektron ini memainkan peranan utama sebagai runner dalam proses terbut.


       Cuba bayangkan sekiranya tiada elektron yang berpindah kerana ahli sains 'membuangnya' dari jasad atom atas alasan elektron adalah satu unsur negatif yang mendatangkan keburukan. (Bayangkan sahaja, tidak logik pun). Alhasilnya, kita tidak akan dapat melihat sebarang tindakbalas kimia dalam kehidupan. Sedangkan kita tahu sekiranya tindakbalas tidak wujud, maka wujudkah sebenarnya kehidupan?

Elektron adalah jasad terkecil dalam sebuah atom!

Saiz relatifnya berbanding proton dan neutron amatlah berbeza sama sekali. Maka, apakah maknanya kalau elektron ini bersaiz kecil. Walaupun saiznya jauh berbeza, tetapi cas relatifnya adalah sebanding dengan proton iaitu -1 manakala proton +1.

Elektron mewujudkan ion!

Tiada perpindahan elektron, maka tiadalah istilah ion atau zarah bercas.



Tuntasnya disini, dari jasad elektron yang kecil, kita boleh mengambil ibrah bahawa tidaklah semua yang negatif itu bersifat buruk dan selama-lamanya membawa keburukan. Cuba perhatikan proses tindakbalas kimia.

Tindakbalas kimia memerlukan elektron yang berpindah sebagai agen utama perubahan.
Elektron berpindah. Maka menunjukkan sesuatu yang negatif berpindah. Untuk apa? Untuk menghasilkan tindak balas.

Okay, substitute!

Seseorang itu gagal setelah berusaha menunjukkan sesuatu yang negatif telah berlaku. Maka, sekiranya dia memanfaatkan kegagalan itu sebagai medium kejayaannya, maka dia berjaya sebagaimana tindak balas kimia berjaya berlaku. Asbab kejayaan itu sama. Hanya dari sesuatu yang dilihat sebagai negatif.
Sebab apa? Sebab kegagalan itu adalah runner dalam proses 'menuntut' kejayaan!

Dalam kisah Edison, adakah dia hanya membutakan diri terhadap 9999 cubaan yang gagal itu, lalu bergerak ke-10,000 tanpa melakukan apa-apa penambahbaikan?

Mesti!
Itulah yang selalu kita terlupa.
Meneliti sebuah kegagalan agar kegagalan itu hanya sementara. Cari apa yang silap. Buat penambahbaikan. Agar kesalahan yang sama tidak diulang lalu menghasilkan kegagalan yang kedua.

INGATLAH , KEGAGALAN ITU MERINTIS SEBUAH KEJAYAAN !