Mengapa ?
"Kerana Allah SWT tidak pernah mencipta satu perkara yang sia-sia."Sesuai dengan lafaz orang yang beriman,sebagaimana yang disebut dalam Surah Ali-Imran ayat 191 ,
"Ya Tuhan kami, tidaklah engkau mencipta (sesuatu itu) sia-sia." - 3:191
***************
Situasi dewan peperiksaan,
Soalan 1
"Apakah cas proton yang berada di dalam atom?"
A.Positif
B.Negatif
C.Neutral
D.Casfon
"Lahai senangnya,mestilah A."
Semua pelajar dapat menjawab dengan mudah.
Soalan 2
"Dimanakah proton terletak di dalam atom?"
A.Petala luar
B.Petala dalam
C.Nukleus atom
D.Kedai kereta
"Alhamdulillah dapat jawab, mestilah C."
Maka semua pelajar pun mendapat A+ dalam subjek kimia.
****************
Bismillah sekali lagi. Segala kesyukuran dipanjatkan kepada Allah. Alhamdulillah dapat ku mencoret sebuah artikel yang bertajuk " Kecilnya Bukan Sekadar Atom ".
Proton. Sub-atom yang bercas positif.Ia terletak di nukleus atom atau pusat atom. Proton tidak dapat bergerak keluar dari atom. Ia tidak didermakan, Ia tidak pula diterima oleh atom lain.Ia hanya kekal terikat bersama neutron di pusat atom.Kebiasaannya, sesuatu yang baik itu selalu kita sinonimkan dengan perkataan positif...Renungkan kisah dibawah.
Pembunuh 1: Weyh , aku tak tahan tengok budak ni la. Bunuh je lah dia.
Pembunuh 2:Ehh jangan!!Jangan!! Kau sabar dulu. Kita minta wang tebusan dulu. Dah dapat,kita bebaskan je budak ni.
Pembunuh 1:Kau ni! Baik sangat la. Kita kan pembunuh.
Pembunuh 2:Habis kau fikir pembunuh tiada hati perut...
Pembunuh 1:Kau sorang je ada.Aduii...
Hayatilah .
Kebaikan itu fitrah. Memang tidak dapat kita nafikan, kebaikan itu SENTIASA wujud dalam diri manusia, dan secara amnya tidak dapat dipisahkan.Persoalannya, adakah kebaikan itu dipupuk dan disuburkan atau dibiarkan begitu sahaja?
Analoginya sama seperti menggilap sebentuk permata. Semakin digilap, maka semakin bersinarlah ia. Namun sekiranya dibiarkan begitu sahaja, ia akan kekal kusam dan diselaputi butir-butir habuk. Namun,kualitinya tetap sama.Apa yang membezakannya hanyalah luaran semata-mata.
Sifat positif dalam diri individu boleh diumpamakan sebagai proton yang bercas positif dalam atom.
"Murid-murid,di manakah proton terletak?"
Proton terletak di nukleus atom.Menunjukkan bahawa ia tidak dapat dipisahkan dari jasad atom.Selain itu, proton juga tetap bilangannya dan ditakdirkan oleh Allah SWT,tidak boleh dipindahkan ke atom lain.Maka, bermaksud proton itu kekal dalam jasad sebuah atom.

Renungkan.
Tiada sesiapa pun di dunia ini dilahirkan untuk menjadi jahat.Tidak akan terkandung dalam rahim seorang ibu, seorang yang sudah ditetapkan jahat sedari kecil.Tiada sesiapa dilahirkan untuk membunuh,merompak, merogol dan sebagainya. Semua perkara tersebut dipelajari oleh anak itu sendiri.
Kerana fitrah setiap kejadian itu suci dan indah...sesuai dengan perkataan FITRAH itu sendiri yang membawa maksud suci dan bersih dari segi lughowi nya.Selain itu,dari sudut istilahnya, membawa maksud sesuatu yang wujud dalam diri manusia demi kebaikan manusia itu sendiri.
Maka,sekiranya kita berfikir,
"Aku ni memang penagih dadah dari kecil. Dah termaktub sejak azali."Sememangnya salah.Malahan, keadaan sedemikian menunjukkan kita bersangka buruk dengan Allah..
Maka, seandainya kita bersangka buruk dengan Allah, tiadalah barakah dari-Nya.
"Ion tu apa?"
Atom. Selain mempunyai proton,elektron dan neutron, ia juga melalui proses tindak balas kimia . Pada akhir tindak balas tersebut, atom akan bertukar menjadi ION (atom yang mempunyai cas) . Sebahagian atom akan menjadi ion bercas positif dan sebahagian yang lain akan menjadi ion bercas negatif.
Andaikan proses tindak balas kimia sebagai KEHIDUPAN. Walaupun pada awalnya,semua manusia adalah suci,bersih dan tidak tahu apa-apa,tetapi ia belajar pelbagai perkara baik dan buruk sewaktu melalui kehidupan di dunia. Maka,segala kesucian sedari lahir tadi mungkin pudar ataupun makin bersinar
bergantung kepada apa yang insan tersebut peroleh sewaktu di dunia.

Semuanya bergantung kepada apa yang diajarkan dan dipelajari oleh individu tersebut. Sekiranya tepat jalannya, maka syurga baginya .
Proton tidak meninggalkan atom . Kebaikan tidak meninggalkan manusia. .
"Sekalipun dia digelar sejahat-jahat manusia,
pasti masih ada kebaikan yang bersisa ."
Seorang pelacur yang telah melayan puluhan mungkin ratusan orang lelaki masih mempunyai IHSAN terhadap seekor anjing yang kehausan. Maka, dia mengisi air ke dalam kasutnya, lalu diberikan anjing itu minum. Natijahnya, Rasulullah menjanjikan syurga buat wanita ini.
Firaun yang angkuh dengan Tuhan masih menerima bayi hanyut itu setelah dipujuk isterinya,Asiah walaupun dia berada dalam tahap keangkuhan dan ego yang sangat tinggi .
Oleh itu , anda yang bertaraf tok sheikh-tok sheikh ni ..
Janganlah berputus asa berbuat kebaikan.
Janganlah futur dalam berdakwah.
Rahmat Allah itu luas dan pasti bagi hamba-hamba-Nya .
"Halo, namun begitu, adakah kita WAJIB memandang elektron yang bercas negatif tu, sebagai watak jahat dalam kehidupan?"
"Ehh, tak semestinya. Tunggu dan nantikan ."