Pages

Sunday, 21 June 2015

Kamilah umat yang ohsem!! - II

Alhamdulillah,dapat sekali lagi ku mengosongkan ruang waktu untuk mengorbankannya demi menulis tinta digital ini. Kalau ikutkan, sememangnya tiada daya untuk ku meneruskan penulisan berikutan 'kepenatan' dalam bulan mulia ini... *jet jet penat je

Ok.Harini saya nak sambung entri kedua tentang --"Kamilah Umat Yang Ohsem!!".
Sebagaimana semua sedia maklum, status sebagai umat yang ohsem ini diperoleh melalui pengamalan konsep Amar Maaruf Nahi Mungkar. So, today we gonna go through into this concept...ok?


1. Amar Maaruf

"Leman, jom turun musolla. Solat yuk!!"
Ayat ni sering kedengaran di asrama tempat saya menetap. Dan jawapan yang mungkin baginya adalah,

"Ok.Ok. Kau turun dulu lah."
ataupun,
"Dorm ni suci jugak kalau nak beribadah kan..? Menang stardorm kot."
 Hahahah,banyak jawapan mad'u atau orang yang diajak. Tapi, apa yang saya nak fokuskan kat sini adalah berkaitan konsep 'ajak kepada kebaikan' yag bahasa arabnya adalah 'Amar Maaruf'.
Mengajak kepada kebaikan adalah apabila kita sebagai daie menyeru dan menggalakkan mad'u untuk bersama-sama melakukan kebaikan,melakukan perintah Allah dan meninggalkan segala larangan -Nya.Dan sudah semestinya,tugas ini adalah tanggungjawab setiap dari kita. Senang cerita, konsep ni "mengajak","menyeru" atau "menggalak".

Banyak lagi yang berkaitan konsep ni, tapi konsep ni tidak boleh diterangkan tanpa Nahi Mungkar .


Image from : mutiaraislam.wordpress.com


2.Nahi Mungkar

ok.Basically,kita tahu yang nahi mungkar ni maksudnya mencegah kemungkaran. Apa kemungkaran yang patut kita cegah ni? Banyak kemungkaran,dalam kata lain,dosa dan maksiat.

Dari Abu Said al-Khudri R.A berkata,bahawa Rasulullah SAW bersabda,yang bermaksud.
 “Barangsiapa melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan hatinya, dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman"
(HR Muslim)
Nampak tak apa yang Rasulullah SAW ketengahkan dalam hal ini berkaitan mencegah kemungkaran. Nak tunjuk betapa pentingnya dan wajib bagi setiap dari kita untuk mencegah setiap kemungkaran yang kita lihat atau sedar.
So,sekarang kita tahu AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR ni sentiasa menjadi satu kewajpan untuk kita semua yang bergelar muslim.Ingat KEWAJIPAN ataupun TANGGUNGJAWAB.

Jadi, by hook or by crook kita semua kena jalankannya sebaik mungkin. Inilah tugas seorang DAIE. Dia mengajak ke jalan Allah SWT dan mencegah masyarakat dari melakukan kebatilan dan perbuatan mungkar untuk memastikan keamanan masyarakat terjaga di samping sentiasa berada di dalam Rahmat dan Redha Allah SWT.


Nak kata dekat sini...

"Setiap kamu yang menjalankan Amar Maaruf, pasti menjayakan Nahi Mungkar"
sebab apa..?

Sudah semestinya kan? Apabila kita berusaha menjadi pensil yang menulis kebaikan,mestilah kita juga perlu menjadi pemadam yang memadam kejahatan. Barulah terhasil sebuah penulisan ynag baik dan mantap di mata periksa.. *perghh analogi masyukk

Ok. Itu sekadar asas. Ingat,

"Aku pensil.Aku juga pemadam." 

Sekadar itu sahaja untuk kali ini, In Shaa Allah saya akan sambung dalam penulisan selanjutnya.
Moga bertemu di lain masa. Assalamu'alaikum,sekalian manusia.







Saturday, 13 June 2015

Walaupun Jasadnya Sudah Pergi ... ;') ( Entri 1)


Bismillah . Alhamdulillah . 



Inshaa Allah , bersama - sama kita sedekahkan Allah fatihah buat
1) Junjungan Nabi Muhammad Sallahu Alaihi wasallam
2) Para Sahabat baginda Rasulullah
3) Ibu bapa kita .
4) Sahabat kita
5) Khasnya buat DIRI KITA yang penuh dengan dosa kepada NYA .



AL-FATIHAH

Okay , awak . Senyumlah sikit . yeee . awak yang tengah baca entri ni . SENYUM DULU BARU SAYA MULA ! hihi.

Okay bismillah .

"Awak ada orang yang paling awak sayang tak ..?"
"Pernah tak pandang wajah orang yang kita sayang tu .. ?"

Semua ada orang yang mereka sayang .umumnya , IBU , AYAH , NENEK , DATUK , PAKCIK , MAKCIK , JIRAN , JIRAN NENEK , dan yang pailang  paling tak dinafikan lagi ....... (iringan drum solo) .... KAWAN ! SAHABAT ! MEMBER! kan?

Okay , nak cakap ,,
Kita pasti akan berpisah jugak dengan semua tu.
Detik itu pasti datang.
Kita sudah berjanji sejak dulu , sanggup datang , sanggup pulang.
Kita dan dia pasti dipisahkan takdir
Takdir yang tidak dapat dihalang tadbir.
 itulah ,
KEMATIAN .

"Pernah kematian nenek atau sesiapa saja ?"
"Menangis tak masa tu ?"


Itulah detik paling menyedihkan.
Sedih untuk kita, kerana kita yang ditinggalkan
Lebih sedih lagi bagi kita yang meninggalkan.
Kita sama sama akan merasa kehilangan.
Tidak kira siapa dahulu , siapa kemudian .
Ditinggalkan atau meninggalkan pasti pahit dan sakit dirasakan .

Pada saat diuji dengan kematian atau ditinggalkan oleh orang tersayang, kenangkanlah hidup kekasih ALLAH , Rasulullah  s.a.w
Bukankah Baginda telah dididik dengan ujian paling getir bernama  KEMATIAN.

Ayahanda Baginda , Abdullah pergi dahulu sebelum sempat Baginda dilahirkan .
Ibunya , Aminah pula menyusul beberapa tahun kemudian .
Tidak sempat bermanja dengan Abdul Mutalib , datuknya pula meninggalkannya
Lalu , Baginda yang yatim lagi piatu dipelihara oleh bapa saudaranya , siapa ?
ya. Abu Thalib.

"Jika kematian dikatakan boleh mencabut kebahagiaan , belajarlah dari Rasulullah "

Baginda telah menghadapi kematian orang yang tersayang secara berturut turut .
Kenangkanlah ketika Rasulullah masih kanak-kanak , tanpa ibu bapa tetapi telaah menjadi pengembala kambing.

"Apa lagi yang boleh menggugat kebahagiaan seseorang manusia yang lebih hebat daripada kematian ? 
Kemiskinan ?
Kesakitan ?
Celaan ?
Kekalahan ?

Itu semua ujian hidup yang lebih kecil dari kematian!
Kematian "pemutus" segala kebahagiaan
Sama ada kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi atau kita yang meninggalkan mereka.
Saat itu , saat paling derita !

Bersambung.










Friday, 12 June 2015

Kenapa Madu Lebah ?

Uhuk uhuk

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Semua ! :D

Hehehe , Jadi sebagai muqaddimah , saya bukanlah seorang author yang baik , cuma , saya nak kenal kan diri saya sikit . boleh tak ? Heeeee

Walau pun takde orang tanya kenapa saya hadir sebagai Madu Lebah , tapi takpe :') saya nak juga terangkan apo sobab eh esey timbul sobagai madu lobah .

Pertamanya , Madu .
Madu di sini bukan lah maknanya bini ke-2 eh eh . bukan tau . Madu di sini maksudnya air manis yang terdapat dalam bunga atau sarang lebah .

Mafhumnya , saya nak menjadi manisan kepada anda semua sehingga anda mengenal kemanisan dalam beragama Islam . In Shaa Allah . Saya akan hidangkan kepada anda semua tentang ke-postif-an (EHHH) yang wujud di muka bumi ini . Pehhhh

Namun , jangan dilupakan dalam nama saya juga terdapat kalimah lebah . Hehehe . Lebah ni ada sengat tauu . Jadi , berhati hatilah . Dalam tarbiyyah , tidak semestinya kita berikan target dengan keselesaan , namun , kita juga perlu berikan sedikit TAMPARAN buat mereka .
Mudah mudahan , mereka mampu bangkit dan menjadi lebih hebat daripada gajah . ehhh .
Apapo yo lah kan .

Jadi secara keseluruhannya , konsep tarbiyyah yang kami bawakan di blog ini bukanlah sekadar yang manis manis , malah yang sakit sakit pun HADOO . Sebab apa tau ? Sebab kita perlukan kedua dua nya . Kita tidak boleh terlampau diselesakan dengan kemudahan takut berlaku

Islam itu Mudah , Namun Jangan Dipermudahkan

Maknanya , saya takut nanti anda semua permudahkan Islam walaupun Islam itu sendiri telah sempurna . Maka nya , bersedialah menerima tarbiyyah dari kami . 

Ikhlaskan hati , mohon kemaafan ,
Leburlah dosa di tapak tangan .


Maafkan segala silap dan salah ,
Insan bersatu membina ummah :D

*maaf le tak pandai nak hias hias macam author lain .




Hamasah As-Syabab

Bismillah

"Beri aku sepuluh pemuda, nescaya akan aku goncang dunia!!"

"Ish....kau dah kenapa? Tersedak maggi aku nih.. Nasib baik tak keluar hidung "

"Ntah, kau tengok tengok diam-diam boleh tak... Bukannya gol pon"

"............"

Begitulah perbualan tiga orang pemuda yang sedang asyik menonton perlawanan bola sepak  antara dua kumpulan yang langsung tidak dikenali mereka. Sekadar mengisi masa lapang berkualiti di bilik mereka.

Pemuda

Ok, siyesli statement di atas tiada kena mengena dengan isu yang akan dikupas.

Dan tajuk di atas tiada kena mengena dengan apa-apa jenis term pemuda yang terlibat dengan politik seperti pemuda UMNO dan PAS serta lain-lain

Cuma PEMUDA atau lebih selamat saya istilahkan syabab........(Heh, sama je maksud...poyo...)

Rasanya untuk pengenalan....

Ce search surah kahfi ayat yang ke-100 dari belakang...
hahaha..berape tuh....ayat 10 la..

Pastu bandingkan dengan ayat 13 surah yang sama..


Jadi, ada apa dengan ayat nih

Kalau anda seorang pelajar bahasa arab yang tegar dan ketagih, anda akan perasan perbezaan yang ketara pada perkataan FITYA yang umumnya membawa maksud pemuda

Fitya pada ayat ke-10 adalah ..... (iringan drum solo)

ISM Ma'rifah (kata nama khas) yang ditujukan KHAS buat pemuda  Al-Kahfi

"Ingatlah ketika pemuda-pemuda itu berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa : "Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami"
 Ayat ini hanya menerangkan perihal cereka para pemuda Al-Kahfi dan ayat ni semata-mata ditujukan khas buat mereka.

Ce usha pula ayat 13
"Kami ceritakan kepadamu (Muhammad) kisah mereka dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada tuhan mereka, dan kami tambahkan petunjuk kepada mereka"

Duh, ape beza bruh maksud dia pemuda gak....

Haa.... Bezanya pada perkataan itu. Bukan perkataan itu. Tapi perkataan ITU.

Ayat 10, kalau ditranslatekan kepada bahasa melayu ia akan membawa perkataan ITU kerana hanya specific atau KHUSUS untuk pemuda ITU.

Ayat 13 pula Fitya dalam ayat tak menunjukkan huruf alif lam, sekaligus apabila ditranslatekan, ia menunjukkkan bahawa Fitya dalam ayat itu UMUM dan tidak merujuk kepada sesiapa. Dalam bahasa arab , ia dikenali sebagai ISM Nakirah (kata nama AM)

Jadi?
Jadi,

Barangsiapa yang berminat untuk meletakkan dirinya seiringan dengan para syuhada' , Anbiya', dan sesiapa sahaja yang disebut Allah dalam Al-Quran, maka peluang sentiasa terbuka kerana anda mungkin FITYA yang dicari-cari 

Oleh itu, bak kata orang putih, ''Rejoice..." atau bergembiralah dengan berita gembira ini. Dan sentiasa bercita-cita agar andalah salah seorang pemuda yang disebut Allah dalam ayat ini.

Tapi kalau nak masuk ceria popstar pon ade syarat, takkan senang-senag je kita bole jadi FITYA dalam ayat tu? 

Itu saya akan kupas, kopek dan korek apabila tiba masanya. Rasanya sampai di sini je kita bersua.
Sehingga ketemu lagi.





Salam Tarbiyah
-Jubah Puteh-



Thursday, 11 June 2015

"Kamilah Umat yang OHSEM!!"

Bismillah..

Tajuk kata,,,
Kamilah umat yang ohsem...!!"
tapi untuk siapa sebenarnya yang layak sebut perkara ni. Okeyla bicara mesti dengan kelayakan... kau nak kehebatan mesti ada tindakan hebat gak,,takde duduk goyang kaki tetibe ada posmen datang ucap,,"Tahniah,,kau antara umat terbaik..!!"...Mesti ade benda ni....OK jom tengok balik apa yang Allah habaq kat kita..

Sebelum ayat umat torrrbaik ni,,,ade satu ayat Ali Imran ke-104,,bunyinya...


"Dan hendaklah (ada) diantara kamu satu golongan....."

Napa kena ada satu..??Pelik pelik...kat dunia ni Allah cipta banyak,,,tak terkira golongan manuia,,,tapi Allah nak ada satu yang special ... apa mereka buat..?? Jom tengok..

"....mengajak kepada yang baik,menyuruh perkara yang maaruf dan mencegah
 perkara yang mungkar..."

Haaa,,ni makan dia.. ada benda mereka kena buat...macam susah jerr,..tapi mesti ada benda yang Allah janji kan..?? Tengok Allah janjikan mereka sebagai...

"....mereka itulah ORANG-ORANG YANG BERJAYA."

Alhamdulillah,,,mereka itu orang berjaya,,,tapi ingat ada lagi ayat khusus untuk mereka...jom tngok ayat beberapa selepasnya...dalam surah Ali-Imran ayat 110..



"KAMULAH UMAT YANG TERBAIK dikeluarkan dari manusia..."


Allah kata,,,kamulah umat terbaik,,,dan mereka yang terbaik ni mesti ada ciri2 gak yang menjadikan mereka terbaik atau OHSEM gituh...mereka buat apa...



"..kamu menyuruh pada yang maaruf.."

lagi..tak kan satu je...ade lagi...

"....kamu mencegah daripada yang mungkar..."

lagi..?

"..kamu beriman kepada Allah..."

Aikk kenapa MERAH..?? Hahaha saje je kan..? Ehh taklah,,,kenapa saya pakai merah...sebab ciri-ciri inilah yang kita perlu ada untuk jadi UMAT OHSEM!! 
Ini yang kita kena buat ------ Menyuruh melakukan maaruf
                                                  ------ Mencegah daripada kemungkaran
                                                  ------ Beriman kepada Allah SWT 
Boleh tak..?? Inilah yang kita panggil BERDAKWAH.... *clap clap
Lepak lepak,,,ni baru permulaan,,,,banyak lagi kena syarah sebab konteks dakwah ni punyela besar,,macam pavilion... *krik krik    Takdelah,,bahkan besar lagi adela!!

"Fuhh besarnya benda nih,,cuak lahh..."

Memang,,memang besar,,,dan tentunya banyak cabaran,,,kenapa?? Sebab ni lah jalan Rasulullah SAW yang Baginda tempuhi sepanjang hayat Baginda...kita hanya PEWARIS,,,so mestilah benda nih bersambung-sambung,,sebab tu kena sebarkan,,,takut2 tiba-tiba kehabisan orang yang nak berdakwah di muka bumi Allah ni... Tengok dalam surah Yusuf pulak ayat 108



"Katakanlah (wahai Muhammad) inilah jalanku aku mengajak ke jalan Allah,
berdasarkan keterangan yang nyata,aku dan sesiapa yang mengikutiku,
dan Maha Suci Allah 
dan tidaklah aku dari golongan yang mensyirikkan-Nya."



Tengok,,Dalam bahasa mudah nya,,,study the equation below...

Seru ke jalan Allah = Tugas Nabi SAW = Tugas mereka yang ikut Nabi SAW
maka,,, kamu dikira mengikut Rasulullah SAW jika dan hanya jika kamu mengajak ke jalan Allah...       
* fuhh penakulan matematik pon boleh
Got it..??Grab those.. sebab benda ni basic yang kita kena pegang..boleh kira hujah penting la jugak,,ni untuk kite jugak untuk bina KEYAKINAN untuk kita perjuangkan agama Allah SWT ini...

Ingat,dakwah tu untuk kita dan tugas kita..maka JOM BERDAKWAH!!

ade lagi,,tunggu lepas nihh...